Ditulis oleh Sdr Adam Yew Abdullah
Selama hampir 10 tahun bekerja di Motorola, penang, saya rasa sudah sampainya masa untuk berubah angin. Hasrat saya untuk berhenti sudah lama terpedam dalam hati. Sehinggakan saya meminta tolong Allah supaya memberikan saya sesuatu pekerjaan yang sesuai dengan fitrah saya. Alhamdulillah…doa saya itu diperkenankan oleh Allah.
Akan bermulalah chapter terbaru dalam hidup saya. Seakan sebuah buku novel cerita tentang kehidupan saya. Seakan pula tidak percaya selepas ini saya tidak bekerja lagi dengan Motorola. Saya rasa rakan-rakan saya semua setuju, Motorola ialah tempat yang relaks dan seronok bekerja. Saya akan merinduinya.
Selama hampir 10 tahun, macam-macam pengalaman saya dapat. Antaranya, pengalaman saya memeluk agama Islam ketika saya bekerja di Motorola dulu. Cabaran dan dugaan dari rakan-rakan yang membantah keislaman saya seakan memberontak menentang dan menghina saya. Semua yang tidak bersetuju dengan saya memulaukan saya. Saya anggap ini merupakan chapter kedua dalam kehidupan saya.
Setelah itu saya terus memandang ke hadapan dengan halu tuju yang satu iaitu mengubah cara hidup yang lebih baik dari dulu sebagai seorang muslim. Matlamat hidup lebih jelas berbanding sebelum Islam dulu. Saya mula banyak membaca buku-buku keagamaan. Keinginan mengetahui kebenaran membara dalam jiwa. Hairannya, dulu saya kurang berminat membaca. Tetapi itulah hikmah disebalik sesuatu kebaikan yang kita percayai akan memberi kebaikan di dunia dan akhirat.
10 tahun dahulu saya merupakan seorang Technician. Tatkala 10 tahun berlalu saya masih seorang technician. Tetapi adalah pangkat senior sikit. Pengalaman bekerja adalah sedikit berbanding pengalaman ‘bersosial’. Kerana saya berpeluang memegang jawatan pengelora bagi surau Motorola. Adalah selama 3 tahun saya menjalankan tugas-tugas seperti mengadakan program-program Ramadhan dan Qurban. Di antara program Ramadhan yang sempat saya kendalikan ialah program berbuka puasa bersama anak yatim dan tazkirah Ramadhan.
Kini sampailah masa untuk berubah angin. Saya berpendapat bahawa 10 tahun berlalu, saya tetap orang yang sama juga. Tidak berapa banyak yang berubah dalam hidup saya. Selain daripada keislaman saya. Saya melihat masa depan saya dan juga masa depan berada di Motorola adalah tidak menentu. Walaupun seronok berada di sini tetapi firasat di dalam diri tidak menghalalkan keadaan sedemikian. Seolah-olah ia memerlukan suatu pembaharuan dalam hidup saya ini. Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk mencuba untuk menyambung pelajaran.
Bukan mengejar pangkat atau harta tetapi untuk membuat perubahan dalam hidup supaya ia menjadi lebih baik untuk diri, isteri dan anak-anak. Dan yang paling utama ialah agama.
InsyaAllah, saya rasa masa untuk saya lakukan ini terlalu singkat dan saya akan lakukan dengan berhati-hati.
6 comments:
Wa'alaikumusalam,
K.Mas pun ingin memohon maaf dari awak sekiranya ada yg tersalah atau terkasar bahasa di sepanjang perkenalan kita yg singkat ni. Tak ada apa yg nak K.Mas maafkan dari awak. Doa K.Mas untuk awak semuga Allah berkati segala usaha murni yg ingin awak teruskan selepas ni. Agar hidup kita sentiasa berada dalam keRedhaan Allah hendaknya. Aaaamiin.
K.Mas
Waalaikumsalam Adam,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan Adam kepada Motorola secara amnya dan kepada surau Motorola secara khususnya. Adam adalah merupakan contoh kepada kami semua dalam kesungguhan menaikkan syiar Islam di Motorola melalui activiti2 dan sikap kepimpinan yang Adam tonjolkan. Bukan senang untuk memikul tanggugjawab yang besar sebegini.
Saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya didalam apa jua bidang yang diceburi dimasa akan datang.
Ingin saya memohon ampun dan maaf diatas segala apa yang mungkin tidak menyenangkan Adam sepanjang kita berkerjasama dalam apa jua bidang.
Keep in touch.
- Haszli
Terima Kasih Adam dan Semoga berjaya dalam pelajaran, kerajaya dan kehidupan mendatang...
Wassalam,
Hafiz
RND
Adam,
Thank you for all your contribution and wish you all the best. Keep in touch!
Salam...
Wish u all the best. Thanks sbb sy dpt gak join aktiviti surau MOT :-)
Thanks&Regards,
Salam Adam,
Selamat berhijrah..semoga bertemu kehidupan lebih baik dan cemerlang.
All the best!!
Post a Comment