Showing posts with label Soal Jawab. Show all posts
Showing posts with label Soal Jawab. Show all posts

Friday, April 3, 2009

->Wanita menziarahi kubur

Oleh Adam Yew Abdullah

Soalan :
Apakah wanita digalakkan menziarahi kubur? Apakah hukumnya.

--------------------------------------------------------

Jawapan:

Wanita dibolehkan menziarahi kubur tetapi tidak boleh melakukannya kerap. Sesetengah ulama menghukumnya makruh karena mereka(wanita) kurang tabah dan lebih mudah tergoda. Ini bersumberkan daripada riwayat hadis Ahmad dan Ibnu Majah iaitu

Rasulullah saw bersabda, “Allah mengutuk wanita-wanita yang sering menziarahi kubur”.

Berkata Qurthubi: “ Kutukan terhadap wanita tersebut dalam hadis seperti di atas hanyalah bagi mereka(wanita) yang terlalu sering berziarah. Kata Qurthubi lagi, mungkin sebabnya karena mengakibatkan terabainya tanggungjawab wanita sebagai isteri terhadap suaminya dan kemungkinan menangisi kerana terkenang peristiwa lalu. Jika semua itu dapat di atasi, maka tak ada alasan tidak mengizinkan mereka(wanita) pergi. Tambahnya lagi, mengingati kematian adalah baik tidak kira lelaki mahupun wanita.

Pada asalnya wanita dilarang menziarahi kubur. Ini dijelaskan dalam hadis yang diterima dari Ibnu Abi Mulaikah.

“Maka saya bertanya: “ Ya Ummul Mukminin, dari mana anda?”
Aisyah jawab: “Dari makam saudaraku Abdurrahman”. Lalu saya(Abi Mulaikah) bertanya lagi, Bukankah Rasulullah saw. telah melarang ziarah ke kubur?” “Memang”, Jawab Aisyah. “Mula-mula dilarangnya ziarah ke kubur, kemudian disuruhnya menziarahinya”.

Diriwayatkan oleh Hakim dan Baihaqi.

Dalil yang kedua, hadis Nabi saw tidak melarang wanita menziarahi kubur pula diterima dari Anas:

“Bahawa Rasulullah saw, mendatangi kepada seorang wanita di sebuah kubur, sedang menangisi anaknya yang telah meninggal. Maka sabda Rasulullah saw “Takutlah anda pada Allah dan bersabarlah”
Ujarnya: “Alangkah malangnya daku ditimpa mushibah ini!” Tatkala Nabi telah berlalu, dikatakan orang kepadanya bahawa orang itu ialah Rasulullah saw. Mendengar itupun ia bagaikan dikejar maut lalu pergi ke pintu gerbang, kiranya tak seorangpun di antara penjaganya berada di sana. Maka katanya: “Ya Rasulullah, saya belum kenal pada anda”. Ujar Nabi saw.: “Yang dikatakan sabar ialah pada pukulan pertama!”

wallahu a'lam

->Penggunaan Najis Khinzir untuk mencucuk tanaman

Oleh Adam Yew Abdullah

Soalan:
Bolehkah kita memakan hasil tanaman yang ditanam dengan menggunakan baja najis khinzir?

------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kepada yang bertanya. Saya minta maaf kerana atas sebab-sebab tertentu soalan ini lambat dijawab. Di sini saya menterjermahkan beberapa pendapat dari ulama dan ustaz mengenai masalah ini. Di harap pandangan ini dapat memberi hidayah kepada kita semua. Sila baca di bawah ini.

Pendapat Sheikh Ahmad Kutty

Memandangkan enzim ini diubah dari bentuk asal, kepada sesuatu bahan yang baru dan lain, maka oleh itu tidak menjadi masalah menggunakannya sebagai salah satu bahan dalam baja.
Menurut ulama Sheikh Ahmad Kutty, dalam prinsip hukum, tidak menjadi kesalahan dalam Islam dengan menggunakan enzim ini memandangkan ia hanya satu komponen kecil saja yang terlibat dalam keseluruhan sistem. Setelah enzim ini ditukar kepada baja, ia boleh digunakan untuk pembenihan dan penyuburan sayur-sayuran dan tanaman. Dalam kes ini, berlaku proses perubahan dengan sepenuhnya daripada ingredient asalnya kepada suatu bahan yang lain.
Walau bagaimanapun, sekiranya sesuatu produk itu diproses dengan bahan khinzir sebagai komponen utama di dalam keseluruhan proses itu, maka itu ia tidak boleh digunakan untuk tujuan pembajaan tanaman.

Pendapat Dr Husam Al-Din Ibn Musa ‘Afana

Hasil tanaman yang menggunakan baja yang diperbuat dari najis khinzir ini, perlu dibasuh dan dibersihkan terlebih dahulu kerana ada kemungkinan bahan tersebut melekat pada hasil tanaman itu menyebabkan ia tidak suci dimakan.
Bagi hasil tanaman yang tumbuh dalam tanah yang asalnya tidak suci, contoh mungkin tanah tersebut dipenuhi oleh bangkai atau najis khinzir, maka secara keseluruhan hasil tanaman tersebut tidak menjadi suci untuk dimakan kerana asalnya ia ditanam di kawasan yang tidak suci. Kebanyakkan ulamak menyetujui pendapat ini yang mengatakan ia tidak suci.

Pendapat Imam An-Nawawi

Hasil tanaman yang tumbuh dengan menggunakan najis khinzir atau air kencing tidak suci selagi ia tidak dibersihkan. Kemungkinan najis ini terlekat pada hasil tanaman. Jikalau jenis hasil tanaman seperti jagung yang mana bahagian yang dimakan itu diselaputi oleh daun tumbuhan itu maka ia tidak perlu dibersihkan kerana ia masih suci. Begitu juga dengan pokok-pokok besar yang disirami baja atau air yang tidak suci, dahan, daun dan buahnya kekal menjadi suci untuk dimakan.

Pendapat Ust Ahmad Jailani

Tidak ada dalil dalam Al-Quran mahupun hadis yang melarang kita memakan hasil tanaman yang diberikan baja khinzir mahupun baja najis binatang lain. Maka itu, dibolehkan memakan hasil tanaman itu.
Dalam perkara mu’amalat seharian, kita berpegeang kepada dailil, “Al-Aslu Fil Asy yaak Al-Ibadah. Asal sesuatu itu adalah dibolehkan sehinggalah adanya dalil yang melarangnya.


Di sini saya merumuskan, hasil tanaman yang tumbuh dengan baja najis khinzir boleh dimakan. Buah-buahan atau sayur-sayuran yang tumbuh dengan penggunaan bahan ini suci dan tidak diharamkan memakannya dengan syarat ia dibersihkan terlebih dahulu kerana khuatir benda-benda yang tidak suci terlekat pada buah-buahan atau sayur-sayuran tersebut.

Apakah komen anda mengenai topik ini?

Wallahu A'lam

Laman Pilihan

Video Pilihan

Quran Search

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Hadis Search

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com