Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Thursday, March 12, 2009

->Harapan Anak Islam

Ditulis oleh Adam Yew Abdullah

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.



Teringat kepada pesanan Rasulullah SAW, apabila saya terbaca hadis ini dalam buku hadis 40, dalam hadis yang ke-35. Nabi bersabda…

Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.
Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' "

Sejuk hati apabila melihat 2 pemimpin kita yang selama ini kita tahu bercakaran antara satu sama lain, dapat bertemu dan bersalaman dalam suatu majlis di Hulu Langat. Islam membawa kita semua ke saat ini. Ajaran Nabi Rasulullah SAW kepada kita membawa kepada perpaduan antara kedua-dua pemimpin kita. Ia harus dijadikan iktibar kepada semua orang supaya berbaik-baik dan bersatu sesama Islam.

Ini adalah suatu sejarah kepada negara kita. Moga-moga apa yang kita saksikan pada hari ini dapat memberi contoh kepada dunia yang sedang bergelut dengan peperangan serta ketidakstabilan politik. Orang Islam perlu bersatu, elakkan daripada berpecah belah. Segala perbezaan pandangan dan pendapat harus dibincang hingga dapat diperbetulkan.

Ana bukan seorang ahli politik mahupun berminat dalam politik. Apabila menyaksikan kesyumulan islam itu terhasil menyatukan 2 insan ini, lalu melahirkan harapan yang luhur. Inilah harapan anak Islam kita. Supaya negara Malaysia menjadi aman dan damai untuk diwarisi kelak kepada anak-anak kita. Harapan kita juga, semoga Islam menjadi tunggak dan peneraju kepada umat Islam mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat nanti.

Wallahu a’lam

Gambar diatas adalah diambil dari laman blog saudara Sayuti Omar. http://msomelayu.blogspot.com/

Thursday, February 12, 2009

->Belajar dari Sejarah...

Kebetulan saya membaca kisah YB V Arumugam meletak jawatan sebagai wakil rakyat Bukit Selambau dan juga jawatan EXCO, dalam laman blog anwaribrahimblog.com, tertera sebuah blog yang agak menarik dibaca iaitu msomelayu.blogspot.com. Yang menarikkan minat saya untuk terus membaca blognya ialah kisah tentang krisis Sultan Idris Shah dengan Menteri Besar Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi ketika itu tahun 1974. Saya sempat copy dan paste dalam blog saya. Sila baca artikel di bawah.

Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.




Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”



Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.

Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU
Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK
“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT
Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. [wm.kl 11:45 am 09/02/09]


Artikel di atas saya ambil dari blog -> http://msomelayu.blogspot.com/

Laman Pilihan

Video Pilihan

Quran Search

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Hadis Search

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com