Friday, January 30, 2009

-> GONG XI FATT CAI

Oleh Adam Yew Abdullah

Perayaan tahun baru cina tahun ini agak meriah berbanding tahun-tahun lepas. Kami balik Nibong Tebal pada 24 Januari 09 (sabtu), 10pagi kami bertolak dari sini. Sampai Nibong Tebal pada 11:10pagi, 1 jam perjalanan. Ayu tidak sabar lagi nak tengok poh-pohnya. Tak sabar lagi nak main dengan kolam dan basikalnya. Memang dari awal, dia minta nak balik rumah poh-pohnya mandi kolam.
Pada hari pertama sebelum tahun baru cina, tidak banyak aktiviti yang kami lakukan. Isteriku seperti biasa dengan kerjanya mengemas dan mengasuh Aliya. Aku pula dengan remote control astro mencari-cari rancangan yang best. Mama sibuk dengan kerja-kerjanya. Membuat persiapan untuk tahun baru cina. Abang ipar dan Elanor merayau-rayau dalam rumah. Ayu pula seronok bermain dengan basikalnya, mewarna dan yang paling disukainya ialah mandi kolam.Hari kedua, kakak balik awal pagi. Kami masih lelap mata lagi. Terdengar suara bising di tingkat bawah. Ayu bising nak turun ke tingkat bawah. Dia mulakan harinya bermain dengan basikalnya. Setiap kali itulah kerja dia. Kalau bukan dengan basikalnya, dia mewarna buku lukisan yang dibeli oleh poh-pohnya. Boleh dikatakan kami sekeluarga hanya menunggu masa untuk bermakan malam. Walaupun aku dan famili aku tidak menyambut tahun baru cina lagi kerana aku sudah beragama Islam. Tetapi aku balik sebagai menunaikan tanggungjawab aku sebagai anak. Dalam Islam, kita tidak disuruh atau diajar untuk tinggalkan ibu kita walaupun kita Islam tetapi ibu kita belum Islam. Teringat balik peristiwa Nabi saw dengan pakciknya yang meninggal dalam keadaan belum Islam. Nabi saw menyuruhnya mengucap 2 kalimah syahadah, namun pakciknya enggan mengucapkannya. Peristiwa ini memberikan aku pengajaran bahawa Nabi masih duduk bersama dengan pakciknya walaupun pakciknya belum lagi beragama Islam. Nabi bergaul dan menjaga pakciknya dengan penuh kasih sayang. Makan besar mula 6petang. Semua ahli keluarga berkumpul. Seperti tahun-tahun lalu, mama memilih untuk buat steamboat. Lepas makan anak-anak kecil bermain mercun. Jam tepat 12 tengah malam kedengaran bunyi mercun menandakan tahun baru cina telah pun bermula.

Hari pertama tahun baru cina, kami sekeluarga bangun awal. Makan masakan cina 'mee sua'. Setiap orang harus makan kerana ini adat orang cina. Adat jikalau tidak melanggar aqidah Islam tidak mengapa kalau kita ikut. Ohh, yaa..seperti biasa, kalau aku dan famili balik, pinggang mangkuk, sudu garpu dan sabun semuanya kena tukar sebab tidak mahu bercampur dengan benda non halal. Mama faham atas kehendak ini. Dia tidak banyak menyoal. Dia tahu kalau sudah memeluk Islam, tak boleh lagi makan daging babi lagi. Dia menghormati agama kami. Suatu pengorbanan seorang ibu terhadap anak dan keluarga yang penuh bermakna. Selepas makan pagi, sempat juga main mercun.

Selepas itu mama, kakak dan abang ipar pun keluar pergi tokong-tokong untuk sembahyang. Isteri aku mula naik boring duduk di rumah. Entah nak buat apa kerana kami tidak merasai suasana kemeriahan ini seperti mereka semua merasai. Jadi kami pun plan keluar untuk bersiar-siar. Nibong Tebal sebuah tempat 'cowboy' yang tak ada tempat untuk mengambil angin. Hari masih awal, jadi kami plan ke Bukit Merah untuk bersiar-siar. Dalam perancangan kami yang tidak diduga ini, kami sempat berkunjung ke Pulau Orang Utan dan Eco-Park. Hari pertama tahun baru cina berlalu dengan berkunjung ke Bukit Merah. Kami balik sampai di Nibong Tebal sekitar 6:30petang.Hari keesokan kami, tengahari pula mengadakan BBQ. Disebelah malam pula kami bercadang balik ke Penang. Di sebelah petang kakak sudah balik awal lagi. Selepas bersolat maghrib, kami pun bertolak balik ke Penang.







wassalam

Thursday, January 22, 2009

Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya

Oleh Dr Asri

Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.
Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.
Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.
Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.
Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.
Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.
Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.
Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?
Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.
Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.
Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.
Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.
Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.
Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.
Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.
Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.
Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.
Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.
Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.
Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.
Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:
“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).
Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..

Wednesday, January 21, 2009

Barrack Obama Preseident ke-44

Oleh Adam Yew Abdullah

Barrack Obama memecah tradisi Amerika Syarikat apabila menjadi President Amerika kulit hitam yang pertama dalam sejarah Amerika Syarikat. Tidak sesiapa dapat jangkakan suatu hari nanti seorang yang dulunya dianggap sebagai golongan hamba kepada bangsa kulit putih, menjadi pemimpin kuasa besar dunia. Geogre washithon, Abraham lincon dan lain-lain tidak menjangkakan hari ini menjadi sejarah melihatkan seorang kulit hitam menjadi President.



Harapan dunia
Dunia mengharapkan perubahan di mana krisis yang melibatkan negara-negara barat dengan Islam menjadi agenda utama. Perbincangan harus diadakan kedua pihak untuk mengelakkan dunia menyaksikan satu lagi peperangan yang bermula dari era pemerintahan keluarga Bush. Cita-cita atau minat Bush yang sukakan peperangan menjadikan masyarakat dunia benci pada Amerika Syarikat terutama Bush. Malah, masyarakat Amerika sendiri amat membenci bush dan parti republican yang gagal mentadbir negara mereka. Tidak hairanlah kali ini kemenangan menjadi milik demokratik yang dimenangi oleh Barrack Obama. Persoalannya, apakah polisi Amerika Syarikat dalam dasar luarnya, masih sama atau berubah? Apa-apa pun, seluruh dunia mengharapkan perubahan. Di Malaysia, ramai yang menyokong kemenangan Barrack Obama. Kerana beliau menjadi simbol perubahan dan harapan baru bagi generasi sekarang. Sistem yang dianuti sejak 5o tahun lalu sudah dianggap usang dan tidak boleh diterima pakai lagi. Sistem yang dimonopoli oleh satu puak saja walaupun berkongsi kuasa. Sistem yang yang penuh dengan korupsi. Menjadikan masyarakat mula menjadi muak dan bosan.
Kita mengharapkan perubahan. Perubahan di Palestin.... Perubahan di Afganistan... Perubahan di Iraq.... Perubahan di Iran.... Perubahan polisi di Amerika Syarikat. Harapan tetap harapan!

Wassalam.

Tuesday, January 20, 2009

Selamat tinggal 2008

Oleh Adam Yew Abdullah

20 hari telah bermula dalam tahun baru masihi 2009. Setelah 20 hari berlalu, baru dapat duduk dengan tenang menulis blog kegemaran saya ini. Sekian lama tidak update blog ini kerana sibuk dengan kerja-kerja kelas tuisyen. Kerja yang sepatutnya disiapkan beberapa bulan yang lalu, tetapi terpaksa disiapkan dalam beberapa hari. Alhamdulillah, 60% hampir siap tetapi masih perlu berusaha lagi untuk mengemas kini sylibus untuk sepanjang tahun ini. Uhhh...berat rasanya tanggungjawab yang dipikulkan ini. Suatu amanah yang besar diberikan kepada saya untuk mengajar budak-budak ini. Ada yang berkata, "kenapa perlu berusaha keras, budak-budak senang nak ajar. Bagi notes bagi homework sudahlaa. Tiap-tiap bulan kutip duit cukup la". Bagi saya itu adalah pandangan mereka yang negatif atau kurang memberi semangat. Bagi saya, saya ingin buat yang terbaik untuk pelajar. Saya nak pastikan setiap orang mendapat apa yang patut dan cukup untuk mereka bersedia menduduki peperiksaan sekolah. Saya berasa terharu bila mendengar seorang pelajar tahun 6 menggunakan wang sakunya RM100 untuk membayar yuran sendiri. Bayangkan, ibubapa yang tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen apa akan terjadi kepada anak-anak mereka? Seorang anak yang mengeluarkan wang sakunya sendiri, mengharapkan suatu kejayaan dalam pelajarannya, apatah lagi dalam hidupnya. Apatah lagi ibubapa mereka yang meletakkan harapan besar kepada anak-anak mereka dengan menghantar mereka ke kelas tuisyen untuk belajar supaya mereka dapat memperbaiki kelemahan diri. Bagaimana pula dengan anak-anak di Palestin? Setiap masa dan waktu senantiasa digeremuni dengan ancaman letupan bom. Apakah ibubapa Palestin masih mempunyai masa kesempatan untuk menanam harapan masa depan pelajaran anak-anak mereka menjadi bagus? Ataupun sekadar menanam harapan supaya anak-anak mereka tidak dibom oleh puak yahudi? Harapan ibubapa berlainan daripada tempat dan masa mereka berada. Di sini anak-anak kita sangat bertuah berbanding dengan anak-anak di Palestin, walaupun bukannya semua. Ada juga yang miskin dan tercicir dalam pelajaran. Ada juga yang mampu dihantar ke kelas tuisyen, tetapi tidak berminat belajar. Dan ada juga yang miskin tetapi tidak insaf. Contoh pelajaran yang terbaik adalah seperti pelajar yang menggunakan wang sakunya untuk membayar yuran kelas tuisyennya. Kerana mungkin dia insaf atas kepentingan pelajarannya dan mungkin salah satu cara yang paling bagus untuk keluar dari masalah kemiskinan ialah melalui pelajaran. Dan saya berdoa semoga Allah membuka jalan yang mudah kepadanya untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam UPSR.

Harapan tetap harapan! Harapan menjadi kenyataan kalau kita berusaha dan memohon pertolongan dari Allah. Harapan saya ialah moga-moga mendapat keberkatan dari setiap sen yang diperolehi daripada kelas tuisyen ini adalah halal dan hasil titik peluh penat lelah mengajar budak-budak sekolah. Barulah kita merasai kepuasan dengan setiap satu sen yang kita dapat. Berbelanja dengan penuh keinsafan kerana kita tahu duit bukan senang nak dicari. Setiap sen yang kita perolehi adalah hasil titik peluh diri sendiri. Saya masih berpegang dengan pendirian bahawa wang dalam zaman teknologi ini adalah penting. Walaupun, ada juga yang tidak setuju dengan pendapat ini. Namun masing-masing berhak mengeluarkan pandangan. Mungkin, disebabkan oleh punca situasi yang berbeza dialami oleh seseorang itu. Saya rasa menjadi isu ialah sama ada wang itu berkat atau tidak berkat. Kalau wang itu dari sumber yang tidak halal maka sudah tentu berbagai dugaan akan dialami. Jikalau sebanyak mana wang pun, tidak mencukupi untuk belanja maka sumber itu tidak berkat. Mungkin ini kita sebut sebagai caused and effect atau dalam religious term kita sebut sunnahtullah atau hukum Allah. Ia terjadi mungkin sebagai balasan di dunia atas suatu kerja yang diamanahkan kepadanya tidak dilakukan dengan sempurna atau tidak melakukannya langsung. Apa-apa pun masing-masing mempunyai tafsirannya tersendiri.

Hari ini Aliya berusia 52 hari. Masa berlalu begitu pantas. Tidak lupa peristiwa semasa berada dalam GH ketika Aliya dilahirkan. Seolah-olah berlaku semalam. Masih segar di dalam ingatan saya. Ingat lagi masa itu isteri tengah menjerit sakit bersalin tetapi sekarang ini tengah sibuk menguruskan badan. Ayu, semakin membesar dah 3+ tahun. Nak mendukung dia pun dah berat. Tahun ini Ayu tak sempat nak masuk pra-tadika. Tahun depan insyaAllah, kami lebih bersedia. Sebab tahun ini peruntukkan diberikan kepada Aliya untuk membesar. Alhamdulillah! Allah memudahkan urusan hambanya selagi kita tidak berputus asa terhadapNya. Selamat tinggal tahun 2008 masihi. Dan selamat tahun baru 2009 masihi semoga Allah memudahkan urusan kami dan meringankan bebanan kami. InsyaAllah.

Wassalam
Adam Yew Abdullah

Laman Pilihan

Video Pilihan

Quran Search

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Hadis Search

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com