Monday, August 29, 2011

Selamat Eidul Fitri 2011....

Hari ini genap dua tahun tidak aktif dalam penulisan blog. Disebabkan sibuk mengajar dan belajar. Diari harian saya tidak sama lagi dengan masa saya kerja di motorola dulu. Semasa kerja di motorola, masa terluang begitu banyak sehingga tidak tahu hendak buat apa. Tapi sekarang ini semuanya berbeza. Masa yang berlalu seolah-olah tidak cukup untuk melakukan semua perkara. Masa yang ada digunakan dengan manfaat dan faedah berbandingkan dengan dulu.

Begitu cepat masa berlalu. Hari ini merupakan hari terakhir berpuasa dan esok akan beraya. Perasaan rasa bercampur baur. Adakala rasa biasa saja dengan mengharungi perjalanan hidup yang sudah biasa dilalui. Adakala rasa seronok juga dengan raya selepas tiga puluh hari berpuasa. Apa-apa pun saya bersyukur dengan apa yang ada.

Selama dua tahun belajar di kolej dalam ijazah saujana muda, banyak perkara yang tidak dicatatkan dalam blog ini. Maklumlah banyak assignment dan peperiksaan. Tahun depan adalah tahun terakhir saya akan belajar. Semoga saya dapat menghadapinya dengan baik. Selepas itu terpaksa berpulas mencari pekerjaan untuk menyara hidup seperti dulu. InsyaAllah, mungkin nak sambung master pula....

InsyaAllah, nanti kalau ada masa saya akan catat satu persatu perkara yang telah saya hadapi selama di kolej...

Sekian.

Laman Pilihan

Video Pilihan

Quran Search

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Hadis Search

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com