Tuesday, December 23, 2008

->Tanda-tanda Dunia Kita Mula Terbalik

Oleh Dr Asri

Ada beberapa perkara menarik berlaku dalam minggu ini. Kejadian itu semua bolehlah disenaraikan dalam tanda-tanda ‘dunia sudah terbalik’. Antaranya demonstrasi bantahan terhadap fatwa pengharaman pengkid.
Saya kurang pasti adakah dalam dunia ini mana-mana agama yang mengizinkan penganutnya yang perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya sehingga ‘fatwa’ tersebut dianggap menjejaskan hak mana-mana agama? Apatah lagi jika hukum tersebut hanya ditujukan kepada umat Islam semata. Atau mungkin mereka merasakan bahawa hukum itu menjejaskan hak asasi manusia.
Saya pun hairan apakah termasuk dalam hak manusia untuk menukar jantina? Ya, pada kaca mata aliran liberal tanpa sempadan keagamaan atau keinsanan, mungkin itu satu hak. Atau ia dianggap hak asasi bagi manusia yang menggunakan nama Tuhan menghalalkan apa yang bercanggah dengan ciptaan Tuhan.
Tetapi pada nilaian fitrah insani yang sejahtera perkara itu adalah satu pencemaran hak. Sama seperti jika ada kelompok yang menuntut hak untuk bertelanjang di jalanan atas alasan kebebasan. Hak yang seperti itu hanya mencemarkan hak orang lain yang akan terganggu dengan tindakan mereka dan merampas keselesaan ramai. Lebih daripada itu, ia terkeluar dari nilai insani yang normal.
Maka pemerintah di mana-mana negara pun jika membenarkan satu hak dalam masalah seperti ini, akan mencemarkan hak pihak yang lain. Sudah pasti neraca dalam masalah ini adalah nilaian agama dan fitrah insani yang lurus. Jika dibenarkan wanita menjadi lelaki atau lelaki menjadi wanita, maka hak kaum lelaki atau wanita yang normal akan tercemar. Akan berlaku kekeliruan gender yang meluas dalam masyarakat. Lalu lelaki atau wanita normal sukar mencari pasangan yang sebenar. Akan berlaku kecurangan yang luar biasa apabila ada kelompok manusia yang mencari pasangan sesama jantina.
Jika hal itu meluas, maka perkembangan masyarakat manusia juga akan tercemar disebabkan tidak mungkin ‘hubungan seks’ sesama jenis boleh melahirkan zuriat. Maka atas nama hak, apakah nanti kita mesti mengwujudkan tandas ‘pengkid’ atau ‘tandas saudarai’. Atau apakah pengkid boleh masuk ke tandas lelaki, atau ’saudarai’ boleh ke tandas perempuan? Dunia akan terbalik nanti dan banyak kekalutan akan berlaku.
Maka, tidak hairanlah jika Islam mengharamkan hal ini seperti hadis Ibn ‘Abbas yang saya sebutkan pada minggu lepas Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki (Riwayat al-Bukhari).
Cumanya, seperti yang saya nyatakan bahawa isu lelaki menyerupai perempuan tidak memerlukan sidang fatwa khas untuk mengeluarkan hukum mengenainya. Hukum yang seperti ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai walaupun sedikit asas pengetahuan agama Islam. Seperti yang saya nyatakan, yang agak peliknya, dalam fatwa yang dikeluarkan itu ditegaskan tentang haramnya wanita menyerupai lelaki, sedangkan fenomena yang bertebaran kelihatan di sana-sini adalah lelaki yang menyerupai perempuan. Sama ada pada gaya bahasa, gaya berjalan, atau lebih-lebih lagi ‘nafsu bercinta’.
Wanita tiruan ini kelihatan dan kedengaran bukan sahaja di jalanan, tetapi juga di media massa; radio, televisyen dan akhbar. Mereka kelihatan mendapat lesen yang besar tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang ‘haram pengkid’ dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ‘insan-insan berjawatan’ itu mengambil kira soal kedudukan dan ‘keselesaan kerusi’ masing-masing.
Ini semacam fatwa yang mengharamkan kanak-kanak bermain mercun kerana dikatakan membazir, tetapi dalam masa yang sama tidak pula mengharamkan mercun yang ratusan ribu ringgit yang dimainkan dalam berbagai-bagai keramaian atau tidak pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pembaziran yang berlaku dalam pengurusan wang rakyat. Ini pun menunjukkan dunia kita memang nak terbalik..
Dalam celahan cerita wanita yang ingin menjadi lelaki, timbul pula kes kezaliman terhadap wanita di Kedah. Bagaimana seorang wanita mendakwa dirinya yang dizalimi oleh kecuaian Pejabat Agama. Dalam tempoh lapan tahun pihak Jabatan Agama tidak memberikan kepadanya surat cerai, tiba-tiba apabila beliau berkahwin dengan lelaki lain datang perintah mahkamah yang menyatakan perkahwinannya dengan suami yang kedua itu tidak sah dan dianggap ‘bersuami dua’.
Ketika beliau berulang-alik ke Pejabat Agama meminta surat pengesahan cerai, mereka gagal memberikan kepadanya. Malangnya, apabila beliau berkahwin dengan suami yang kedua dan mempunyai dua anak, datang pula surat mahkamah syariah yang membatalkan perkahwinan dan menyuruhnya kembali kepada suami yang pertama. Hari ini beliau hidup penuh tekanan dan penderitaan jiwa.
Jika benar dakwaan beliau, alangkah kejamnya pengurusan yang diberi nama agama ini. Dahulu saya pernah mencadangkan agar kita mengurus perkara-perkara halal dengan baik dan mudah serta membendung perkara- perkara haram agak menjadi rumit susah untuk mendapatkannya. Malangnya, hal ini tidak berlaku. Sehingga ada negeri yang memenjarakan sesiapa yang berkahwin di luar negerinya.
Begitulah urusan perkahwinan disulitkan dengan berbagai-bagai ‘karenah pengurusan’ yang pelbagai. Sebahagiannya dijadikan bisnes dengan yuran yang menguntungkan. Lihat sahaja apakah sukatan dalam sesetengah kursus perkahwinan. Sementara kes talak tertangguh begitu banyak yang memakan masa bertahun-tahun. Ia menghalang wanita untuk berkahwin semula sedang tuntutan jiwa dan nafsu wujud apatah lagi bagi wanita muda. Mahkamah dengan mudah menangguhkan kes hanya kerana suami tidak datang walaupun sudah berkali-kali. Wanita-wanita yang dianiayai lelaki sebegini didera perasaan dan nafsu kelaminnya. Ini adalah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan terhadap wanita.
Malang sekali, kes-kes yang seperti ini tidak diselesaikan dengan kuasa hakim. Hakim sepatutnya boleh diberi kuasa fasakh yang lebih jelas dan tegas kepada suami zalim dan tidak bertanggungjawab. Keengganan hadir ke mahkamah tanpa alasan yang diterima boleh dianggap sebagai sebab untuk perkahwinan dibatalkan.
Dukacita, pihak pengurusan agama ini jika ditegur ada yang melenting. Padahal bukan sedikit kaum wanita yang menunggu bertahun-tahun untuk kesnya diselesaikan. Ini semua boleh menjadi faktor terdorongnya gejala maksiat akibat runtunan nafsu yang tidak dapat diluruskan secara yang kononnya dianggap ‘berdasarkan undang-undang syarak’. Di manakah keindahan syariat hendak dilihat jika dikendalikan seperti ini? Benarlah kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang selalu saya ulangi:
“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).
Sebab itu saya pernah mencadangkan agar pihak berkuasa agama menumpukan kepada penyelesaian kes-kes yang seperti ini daripada menumpukan ‘operasi mengintip’ maksiat di dalam bilik-bilik hotel yang belum tentu ada. Selesaikanlah kes yang jelas wujud dari disibukkan diri dengan perkara yang tidak pasti. Namun dunia agaknya sudah terbalik..
Bercakap soal keadilan, ada yang bersungut dengan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis baru-baru ini yang memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibu bapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut; “Anak yang lahir kurang daripada enam bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”. Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.
Maksud fatwa ini adalah seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh enam bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya. Sebabnya, di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di’bin’kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam erti kata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.
Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut sepanjang hayatnya.
Pihak ibu bapa pula, amat sukar untuk menerangkan hakikat sebenar kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini saya bincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis.
Kita sedar, adanya perbezaan pendapat di kalangan sarjana fekah dalam hal ini. Namun, setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai-bagai, maka keputusan tersebut dibuat. Antara dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi saw:
“Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini disebutkan oleh Nabi saw apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.
Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi SAW, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d.
Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut)”. Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah saw memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina.
Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi saw yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti pelbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.
Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:
“Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).
Namun, keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan. Dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.
Antara kebaikan fatwa ini; ia menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat. Juga menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan serta membantu ibu bapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.
Ada yang kata; fatwa ini menggalakkan orang berzina. Saya kata tidak sama sekali; ia memberi orang bertaubat dan menyelamatkan maruah anak yang tidak berdosa. Yang menggalakkan maksiat adalah adegan-adegan panas dalam media, juga pengurusan yang menyusahkan kahwin dan talak. Fikiran anda jangan terbalik!

Thursday, December 4, 2008

->~~ALIYA FARHANA YEW~~

Alhamdulillahi rabbil a'lamin

Pada 30 Nov 08, hari terakhir dalam kalendar bulan November menjadi hari bersejarah bagi menyambut kelahiran anak kami yang kedua.


Nama: Aliya Farhana Yew Bt Muhd Adam Yew

DOB: 30-11-08

Isteri tercinta.

Ucapan terima kasih kepada isteri yang telah banyak berkorban demi anak-anak dan juga keluarga. Sebagai suami, amat faham keperitan mengandung 9 bulan anak dalam rahim dan melahirkannya adalah suatu pengalaman yang amat sukar dilupakan. Suatu pengalaman dan pengajaran yang amat berguna bagi suami apabila menyaksikan sendiri process melahirkan anak. Ia adalah suatu keinsafan bagi kita. Susah senang kita melalui bersama.

Anak tersayang.

Ayu, kini telah menjadi kakak kepada Aliya. Semoga dapat menjaga adik dengan baik. Jangan nakal-nakal ya.... Dengar cakap papa & mama.

Nama: Ayu Fatihah Yew Bt Muhd Adam Yew

DOB: 19-11-05

Semoga Allah memberkati dan merahmati keluarga kami. InsyaAllah...

Wassalam

Muhd Adam Yew B Abdullah

Wednesday, November 26, 2008

->Dr Asri: Isu haram yoga, fatwa jangan kaku

KUALA LUMPUR Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini mula menegur Majlis Fatwa Kebangsaan tentang isu pengharaman yoga yang diumumkan baru-baru ini.
Walaupun pada dasarnya, beliau bersetuju ada unsur agama lain dalam yoga, pergerakan senaman itu menurut beliau tidak seperti air yang sudah tercemar yang sukar untuk dipisahkan.
“Majlis Fatwa jangan hanya mengharamkan saja tapi berilah alternatif. Banyak lagi amalan-amalan sukan yang diambil dari budaya lain seperti tai chi, judo, taekwando. Semua sukan ini bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan,” jelas Dr Asri dalam satu temubual telefon sebentar tadi.
Dr Asri difahamkan tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan kerana dikatakan kurang selesa dengan sikap diskriminasi JAKIM kepadanya dan kenyataan Pengarah JAKIM yang tidak berapa senang dengan pandangan alternatif beliau.
Pun begitu, ini tidak menghalang beliau untuk memberi satu lagi pandangan tentang fatwa ‘yoga’.
“Pengamal-pengamal yoga yang beragama Islam sepatutnya ada alternatif dengan diberikan satu versi amalan yoga yang terpisah dengan pergerakan yang terlalu jelas menyamai agama lain, bacaan-bacaan yang bertentangan dengan agama Islam dan kepercayaan karut. Versi yoga yang disyorkan ini seharusnya mengekalkan pergerakan yang baik untuk kesihatan.
“Tanggalkan yang bertentangan sahaja, samada pergerakan, bacaan atau kepercayaan. Kekalkan pergerakan yoga yang baik untuk kesihatan,” jelas Dr Asri.
Kata Dr Asri lagi, Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya tidak terlalu kaku.
“Fatwa yang dikeluarkan pada zaman sekarang hendaknya jangan terlalu kaku. Berilah alternatif yang memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga yang baik untuk kebaikan kesihatan. Sekiranya ada kelebihan dari segi kesihatan dan ianya memanfaatkan, itu boleh dikekalkan.
“Pergerakan manusia itu tidak semestinya berkaitan dengan agama. Sama seperti amalan judo, misalnya. Apa yang tidak sesuai, dihapuskan saja dan diambil manfaatnya. Kita kekalkan pergerakan yang meafaatkan badan,” jelas Dr Asri.
Beliau juga berharap Majlis Fatwa memberi ruang untuk umat Islam melihat alternatif.
Sabtu lepas, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Pengerusi, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin mengumumkan Majlis Muzakarah Kebangsaan (yang bersidang pada 22 hingga 24 Oktober di Kota Bharu) bersetuju memutuskan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam.
Umat Islam negara ini diminta tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan.
Tambah beliau, amalan fizikal senaman yoga tanpa unsur-unsur tersebut pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan.
Namun, beliau menasihati umat Islam agar meninggalkan amalan tersebut kerana dikhuatiri akan menghakis akidah mereka.
“Tiga perkara yang boleh menghakis akidah umat Islam adalah kepercayaan di hati, menerusi perkataan dan perbuatan.
“Memandangkan terdapat elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka daripada terhakis. Saya nasihatkan mereka tinggalkannya (yoga) dan pilih senaman lain seperti berbasikal,solat, zikir dan sebagainya,” kata beliau pada sidang media hari itu.
Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.
Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Jelasnya, pelaksanaan dari dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
“Kuasa perlaksanaan dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Setelah ia diwartakan barulah kita boleh tahu apa tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka yang masih mengamalkannya,” katanya.
Awal bulan lalu pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.
Menurut Zakaria, yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa.
“Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan Tuhan,” katanya.
Yoga adalah amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Tuesday, November 25, 2008

->Menunggu masa tiba

Saban hari tidak sabar lagi menunggu kelahiran seorang insan baru ke dunia ini. InsyaAllah, semuanya akan berlaku dalam masa bulan ini atau awal december 2008.

Alhamdulillah, semua persediaan untuk anak kedua kami telah sempurna. Rezeki Allah SWT kurniakan kepada kami bercurah-curah tahun ini. Kami berasa bersyukur dengan semua pemberian ini dariNya walaupun tak banyak mana.

Semua barangan keperluan bayi dan ibunya sudah siap dipack dalam bag sukan. Bersiap sedia dan menunggu masa untuk pergi hospital.

Sekarang ini hanya bertawakkal dan berdoa kepada Allah SWT. Semoga isteri dan anak kami selamat.

Wallahu 'alam

Wednesday, November 19, 2008

->Akhlak Yang Baik Di Sisi Islam Berdasarkan Al-Quran

Akhlak Yang Baik Di Sisi Islam Berdasarkan Al-Quran

Beriman Kepada Allah
Al-Furqan
[63] Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
[64] Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,
[65] Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan.
[66] Sesungguhnya Neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk;
[67] Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
[68] Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
[69] Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan;
[70] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[71] Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;
[72] Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
[73] Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.
[74] Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
[75] Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,
[76] Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

Sabar
Ali Imran
[200] Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)

Jujur
Al-Isra
[80] Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku,
At Taubah
[119] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.

Menunaikan janji
Al-Isra
[34] Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri) dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.

Bersikap adil
Al-An’am
[152] Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri) dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu) dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya).

Tidak berbohong
At-Taubah
[77] Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.
Ghafir
[28] Dan (pada saat itu) berkatalah pula seorang lelaki yang beriman dari orang-orang Firaun yang menyembunyikan imannya: Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana dia menegaskan: Tuhanku ialah Allah? Sedang dia telah datang kepada kamu membawa keterangan-keterangan dari Tuhan kamu? Kalau dia seorang yang berdusta maka dialah yang akan menanggung dosa dustanya itu dan kalau dia seorang yang benar nescaya kamu akan ditimpa oleh sebahagian dari (azab) yang dijanjikannya kepada kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta.

Tidak hasad dengki
Al-Hashr
[10] Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.

Tidak melakukan kezaliman
Al-An’am
[21] Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
As-Syuara
[227] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu) dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
Al-Baqarah
[229] Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Al-Baqarah
[270] Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya.

Tidak boros, membazir, tamak dan kedekut
Al-Isra
[26] Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
[27] Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Tidak bercakap sesuatu yang tidak diketahui.
Al-Isra
[36] Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

Tidak takbur, ujub, bakhil, bongkak dan riak
Luqman
[18] Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
An-Nisa
[36] Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;
[37] Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurnianya dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina;
[38] Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.

Tidak merendahkan dan bersangkaan buruk terhadap orang lain
Al-Hujurat
[11] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
[12] Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Tidak berjalan dengan mendabik dada seperti yang dilakukan oleh orang yang sombong.
Al-Isra
[37] Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.

Berjalan dengan cara yang sederhana
Luqman
[19] Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

Menjauhkan diri dari orang yang jahil
Al-A’raf
[199] Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).

Bekerjasama melakukan kebajikan dan ketakwaan
Al-Maidah
[2] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Mekah untuk korban) dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haram, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci) dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjidilharam itu, mendorong kamu menceroboh dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Berdiri teguh bersama kebenaran dan taat beribadat
Fussilat
[30] Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
Syurga adalah kediaman bagi orang-orang yang bertakwa
Ali-Imran
[133] Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa;

Thursday, November 6, 2008

->Sembahyang Sebagai Pendidikan Awal Untuk Kanak-Kanak.

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا
أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا
بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Diriwayatkan daripada ‘Amr bin Syu’aib daripada ayahnya daripada datuknya
katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perintahkanlah anak-anak kamu
bersembahyang pada ketika berusia tujuh tahun dan pukullah kerananya ketika
mereka berusia sepuluh tahun dan asingkanlah mereka di tempat tidur.” (Abu
Daud)

عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مُرُوا الصَّبِيَّ بِالصَّلَاةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِينَ وَإِذَا بَلَغَ عَشْرَ سِنِينَ فَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا

Diriwayatkan daripada ‘Abdul Malik bin al-Rabi’ bin Sabrah daripada ayahnya
daripada datuknya katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perintahkanlah
kanak-kanak bersembahyang pada ketika berusia tujuh tahun dan pukullah
kerananya ketika mereka berusia sepuluh tahun. (Abu Daud)


Dalam kedua-dua hadis ini Rasulullah s.a.w. memerintah ibu bapa atau
penjaga memberi penekanan tentang pelaksanaan sembahyang di kalangan
anak-anak sehingga perlu dirotan jika anak-anak cuai melaksanakannya.
Kepentingan ini jelas difahami apabila dilihat kepada umur bermulanya
perintah tersebut. Hadis kedua pula lebih umum merangkumi anak sendiri atau
anak orang lain. Ini memberi isyarat kepada kita supaya sentiasa ada
perhatian kepada kanak-kanak sama ada dari pihak ibubapa secara khusus atau
orang dewasa secara umum.

Pada hakikatnya, anak-anak merupakan anugerah Allah s.w.t. kepada kita.
Dalam masa yang sama, mereka juga merupakan ujian kepada kita dan juga
amanah yang perlu disempurnakan. Tidak ada sesuatu yang lebih berharga yang
dapat diberikan oleh ibubapa kepada anak-anak melainkan menunaikan amanah
tersebut dengan memberi didikan yang sempurna dan penuh kasih sayang. Ini
kerana merekalah yang akan mewarisi masa hadapan dan kepimpinan generasi
akan datang.

Sememangnya diakui bahawa sembahyang merupakan perkara pokok dalam Islam.
Tuntutan supaya menjaga sembahyang tidak pernah terangkat daripada manusia
dalam apa keadaan sekalipun melainkan maut. Oleh kerana itu, kita hendaklah
sentiasa berada dalam keadaan berhajat kepada taufiq dan hidayah Allah
supaya sentiasa dapat teguh melaksanakannya. Disebabkan pentingnya hidayat
untuk mendirikan sembahyang, Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah supaya
dirinya dan juga zuriatnya menjadi orang yang mendirikan sembahyang.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
Demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku. (Surah Ibrahim: 40)


Baginda tidak mendoakan untuk dirinya sahaja tetapi untuk zuriat
keturunannya juga. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
penting dalam proses pendidikan anak-anak. Kesolehan dan hidup dengan
penghayatan agama merupakan kesinambungan yang sewajarnya diteruskan oleh
anak-anak. Tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat Islam hanya golongan
tua yang melaksanakan ajaran agama dengan dibiarkan anak-anak mudah
terumbang ambing dalam arus dunia. Perkara yang paling asas dan paling
utama ditekankan kepada mereka ialah pendidikan tentang sembahyang dan
pergaulan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang difahami daripada
hadis di atas.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا
ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ
وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ
وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ
وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tujuh golongan yang Allah s.w.t. berikan teduhan-Nya pada hari yang tidak
ada teduhan melainkan teduhan-Nya jua, imam (pemimpin) yang adil, remaja
yang hidup membesar dalam pengabdian terhadap Tuhannya, lelaki yang hatinya
terpaut kepada masjid-masjid, dua orang lelaki yang saling berkasih sayang
kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana-Nya, lelaki yang dirayu oleh
perempuan yang berpangkat lagi cantik lalu dia menjawab, sesungguhnya saya
takutkan Allah, lelaki yang bersedekah dengan tersembunyi sehingga hanya
dirinya sahaja yang tahu dan lelaki yang mengingati Allah seorang diri lalu
mengalirkan airmatanya. (al-Bukhari, Muslim)

Remaja yang hidup dalam beribadat kepada Allah dan berbakti kepada orang
tuanya adalah hasil daripada pendidikan orang tua mereka. Mereka sejak dari
kecil lagi mereka terdedah dengan suasana yang baik dan dilatih dengan
asas-asas akhlak dan tanggunjawab terhadap agama. Sebaliknya jika generasi
sekarang ini tidak menitik berat soal ini, akan datang nanti generasi yang
mengabaikan tanggungjawab agama. Allah s.w.t. berfirman:

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan
sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka
akan menghadapi azab (dalam neraka), (Surah Maryam: 59)


Allah s.w.t. mengingatkan hamba-hambanya supaya memikir tentang nasib
generasi akan datang. Masa hadapan generasi akan datang berkait rapat
dengan usaha yang dicurahkan oleh genarasi sekarang.

وَلْيَخْشَ الَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَافًا خَافُوا عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ وَلْيَقُولُوا
قَوْلًا سَدِيدًا

Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada
anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika
ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di
belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (Masa depan
dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa
kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul
(menepati kebenaran). (Surah al-Nisa`: 99)


Walaupun ayat ini dalam konteks anak-anak yatim berhubung dengan harta
peninggalan, tetapi lebih utama kita sepatutnya memikirkan masa hadapan
generasi akan datang dari segi kekuatan keimanan dan keagamaan.
Bagaimanakah mereka dapat menghayati ajaran Rasulullah s.a.w. dengan
istiqamah dalam keadaan ibu bapa tidak mengambil berat tentang pendidikan
agama?

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ
مَا يُخَلِّفُ الرَّجُلُ مِنْ بَعْدِهِ ثَلَاثٌ وَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ وَصَدَقَةٌ تَجْرِي يَبْلُغُهُ أَجْرُهَا وَعِلْمٌ
يُعْمَلُ بِهِ مِنْ بَعْدِهِ

Daripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik
perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah meninggal dunia)
tiga perkara: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang berkekalan yang
menyampaikan pahalanya kepadanya dan ilmu yang diamalkan selepasnya.” (Ibn
Majah)


Mendidik anak-anak dengan keseluruhan ajaran Islam yang sangat luas itu di
peringkat awal usia mereka adalah menyukarkan mereka. Ini kerana rangkuman
dan cakupan syariat amat luas. Akan tetapi jika dibiarkan zaman kanak-kanak
berlalu tanpa terdedah kepada tanggungjawab agama akan merugikan mereka
pada masa akan datang. Tiga perkara yang ditegaskan oleh ahli-ahli
pendidikan Islam supaya pendidik menekankannya pada kanak-kanak supaya
mereka terlatih dalam suasana didikan yang baik. Pertama, menjauhi bohong
dalam percakapan, kedua, mendirikan sembahyang dan ketiga, memberi khidmat
kepada orang lain. Oleh itu, perhatian terhadap pendidikan anak-anak seawal
mungkin sewajarnya diutamakan demi kelangsungan umat Islam di masa akan
datang.

Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah
bermusuhan kerana Allah,bercinta kerana Allah dan membenci kerana Allah.

(Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)

Saudara saudariku,Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn
amaran2 Allah.Jika ku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dgn tarbiah
Pencipta.Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah.Dan jika esok ku lena
tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah saudara
saudariku, ukhwah kita utk selamanya..............

Friday, October 31, 2008

->Ketulusan dalam beragama Islam

Oleh Adam Yew Abdullah

Ketulusan dalam beragama Islam mesti ada pada setiap jiwa muslim yang bersyahadah bahawa tiada tuhan lain yang disembah kecuali Allah SWT. Ertinya, kita bersaksi dengan setulus keikhlasan hati kita bahawa tiada tuhan lain yang layak kita sembah kecuali hanya kepada Allah yang Maha Esa.

Ini hanya dapat dibuktikan melalui tingkah laku atau perbuatan kita dengan membenarkan apa yang kita yakini terhadap ucapan Laa illa ha illallahu, dengan melalui solat, puasa dan beramal kebajikan. Melalui cara ini saja dapat menentukan seseorang itu benar-benar telah beriman dan membenarkan apa yang disebutkannya iaitu Laa illaha illallahu.

Ia menjadi pengukur bagi membezakan orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman atau berpura-pura beriman. Jikalau orang yang benar-benar menyakini ayat Laa illaha illallahu ini, maka sudah tentu dia akan mengikuti apa yang diperintahkan kepadanya. Namun sebaliknya, yang ada pada orang yang berpura-pura beriman ini, tidak akan mengikuti jejak langkah orang–orang yang beriman lakukan kerana mereka berpura-pura menyakini ayat kalimat Laa illaha illallahu itu.

Tidak ada manfaat bagi orang-orang yang berpura-pura beriman terhadap Allah dan rasul-Nya. Orang yang berpura-pura ini tidak ada sifat kejujuran dan hanya ada keriakkan dalam dirinya. Orang seperti ini selalu dalam kekeliruan identiti disebabkan ia berada di antara golongan yang beriman dan golongan kafir. Mereka berada ditengah-tengah kedua-dua golongan itu.

Sebagai contoh, kita lihat bagaimana orang yang penuh dengan sifat kepalsuannya memperdaya orang Islam yang beriman dengan kata-kata berikut.

Orang berpura-pura itu berkata kepada orang-orang yang beriman; “Saya mengakui Tuhan itu satu dan saya sudah memeluk agama Islam.”

Apabila orang berpura-pura itu berada dalam kalangan orang-orang kafir yang sebangsa dengannya, ia lupa lalu mengikuti orang-orang kafir menyembah tokong, berjudi dan memakan makanan yang diharamkan kepadanya. Demikianlah sifat-sifat orang berpura-pura dalam beragama Islam. Mereka memperdaya orang-orang yang beriman dengan kata-kata yang manis dan baik supaya mereka terlepas dari pandangan orang-orang beriman.

Demikianlah diketahui bahawa ada golongan seperti ini dalam masyarakat kita. Tidak diketahui apakah sebabnya atau alasan golongan ini berpura-pura dalam beragama. Kemungkinan kepura-puraan mereka ini di dorong oleh kebendaan dunia semata-mata seperti, ingin mengahwini perempuan yang beragama Islam terpaksa meninggalkan agama asal dan menukar agamanya kepada agama Islam atau mengerjakan harta dunia tanpa menghiraukan halal dan haram sesuatu perkara.

Tapi yang jelas kepada kita bahawa orang yang berpura-pura ini mendapat balasan yang cukup berat dalam neraka di akhirat nanti.

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu(ditempatkan) pada tingkat yang paling bawah dari neraka.”
Surah An Nisaa’ 145

Semoga Allah melaknati golongan ini dan membalas kepura-puraan mereka itu dengan hukuman yang amat berat sama ada di dunia dan di akhirat.


Wallahu a’lam

Friday, October 24, 2008

->Kewajipan Mengikut Sunnah

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata :

Telah manasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan kami menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata :

Ya Rasullullah ! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : Aku berwasiat akan kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba.

Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisiahan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Al- Rasyidin Al Mahyidin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah pekara-pekara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat"

Riwayat: Abu Daud dan Tarmizi

Tuesday, October 21, 2008

->Islam Agama benar.

Oleh Adam Yew Abdullah

Manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan, kerana manusia adalah ciptaan
Allah yang mempunyai sifat lemah. Mungkin kita sering melanggar perintah Allah, namun kita harus menginsafi kesilapan yang dilakukan dan memohon pengampunan dari Allah. Sekiranya kita enggan memohon ampun dan bertaubat, maka itu kita bukan hanya sekadar menganiayai diri sendiri tapi kita berada dalam kerugian untuk mendapatkan pahala sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Allah berfirman:

“Barangsiapa yang mengerjakan dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakannya untuk (kemudhratan) diri sendirinya.”
Surah An Nisaa’ 111

Islam adalah agama yang benar. Seseorang yang memilih agama Islam adalah seorang hamba plilhanNya. Allah berfirman:

“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.”

Surah Al-Hajj 78

Islam bukan agama yang sempit. Islam merupakan agama yang mudah dan seseorang itu melaksanakan perintahNya mengikut kemampuannya.

Seseorang yang memilih Islam atas sebab keyakinan dan kepercayaannya yang tulus terhadap Islam, maka sebenarnya orang itu telah memilih jalan keluar dari neraka jahanam. Allah berfirman:

“Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman).”
Surah Al-Baqarah 257

Maka sesungguhnya beruntunglah seseorang itu memilih agama Allah sebagai agama cara hidup. Sesungguhnya orang itu akan mendapat pelindungan daripada Allah sekiranya orang itu benar-benar beriman. Allah SWT Maha Melihat segala apa yang kita lakukan. Dia sentiasa mengetahui apa yang kita kerjakan.

“Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan”

Surah Al-Baqarah 110

“Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan”

Surah Al-Baqarah 96

Justeru itu, berimanlah kepada Allah dengan sebenar-benar iman. Bagi orang yang masih ingkar untuk bersolat, bertaubatlah dan kerjakanlah solat. Sesiapa yang masih belum membayar zakat, tunaikanlah zakatnya. Sesungguhnya, kita amat beruntung sekiranya kita benar-benar melaksanakannya. Keislaman seseorang itu tidak sempurna dan tidak lengkap sekiranya salah satu tuntutan Islam itu tidak dilaksanakan. Rasulullah SAW bersabda:

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Sebagai peringatan kepada kita semua, orang yang beriman hendaklah menjadi orang yang melakukan ibadah kepada Allah SWT, kerana ibadahnya menjadi bukti keimanannya. Kalau tidak, maka imannya kosong dan hanya perasaan belaka yang menyenangkan hatinya bahawa dia seorang yang beriman.

Wassalam…

Monday, October 20, 2008

->Salasilah Kekhalifan Islam Selepas Kewafatan Rasulullah SAW

Oleh Adam Yew Abdullah

Muhammad saw
570-632

1.Abu Bakr bin Abi Quhafah(632-634)
-Juga dikenali sebagai Abdul Ka'aba atau 'Slave of Ka'aba', kemudiannya Rasulullah SAW menukarkannya kepada Abdullah atau 'Slave of God'. Nabi SAW juga memberikan Abu Bakar gelaran Al-Siddiq (Yang Benar) atau 'The Testifier to the Truth.'
-Perselisihan antara kaum Muhajirin dan Anshar
-Suku Arab Hijaz dan Nejed membangkang kepada sistem kekhalifahan baru
-Perang Ridda - Zakat & Murtad
-Ibnu Habib al-Hanafi - mendakwa dirinya sebagai nabi baru
-Memerangi empayar Bizantium dan empayar Parsi.
-Penaklukkan Irak(Mesopotamia) dan Syria
-Berperanan dalam pengumpulan teks-teks Al Qur'an

2.Umar(634-644)

3.Uthman Affan
-kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan Al Quran semasa beliau menjadi khalifah.

4.Ali(644-661)
-memerintah selama sekitar 5 tahun
-pertama kalinya perang saudara antara umat Muslim
-Perang Jamal. 20.000 pasukan pimpinan Ali
melawan 30.000 pasukan pimpinan Zubair bin Awwam, Talhah bin Ubaidillah, dan Ummul mu'minin Aisyah binti Abu Bakar
-Perang Shiffin yang melemahkan kekhalifannya juga berawal dari masalah tersebut.
meninggal di usia 63 tahun karena pembunuhan oleh Abdrrahman bin Muljam, seseorang yang berasal dari golongan Khawarij (pembangkang) saat mengimami shalat subuh di masjid Kufah

5.Muawiyah bin Abu Sufyan(602-680)
-khalifah pertama dari Bani Umayyah,sebagai salah seorang Sahabat Nabi.
-Perang Shiffin makin memperkukuh posisi Muawiyah dan melemahkan kekhalifahan Ali bin Abu Thalib, Amru bin Ash (kubu Muawiyah) dengan Abu Musa Al Asy'ari (kubu Ali) yang terjadi di akhir peperangan tersebut

6.Yazid bin Muawiyah (Yazid I)
-645 - 683 ialah khalifah kedua Bani Umayyah
-Pertempuran Karbala di mana cucu Nabi Muhammad, Husain bin Ali terbunuh
-mengepung Konstantinopel
-memperkuat struktur administrasi khalifah dan memperbaiki pertahanan militer Suriah

7.Muawiyah II
-Muawiyah bin Yazid 661 - 684, 683 - 684 Khalifah Bani Umayyah selama hampir 6 bulan.

8.Marwan I
-Marwan bin al-Hakam (623 - 685)
-perang saudara di antara keluarga Umayyah seperti perang terhadap Ibnu Zubair yang melanjutkan pemerintahan atas Hejaz, Irak, Mesir dan bagian Suriah
-menaklukkan kembali Mesir dan Suriah dari Abdullah

9.Abdul-Malik bin Marwan (692-705)
-membebaskan banyak kota seperti kota-kota Romawi (696-705 M), Afrika Utara (698-703 M), dan Turkistan (705 M).
-lahir Imam Syi'ah keenam yaitu Ja'far ash-Shadiq.

10.Al-Walid I (668 - 715)
-Al-Walid bin Abdul-Malik 705 - 715
-memberikan kebebasan pada Al-Hajjaj bin Yusuf, penaklukan sukses Transoxiana (706), Sindh (712), sebagian Prancis (711), Punjab (712), Khawarizm (712), Samarkand (712), Kabul (kini di Afganistan, pada 713), Tus (715), Spanyol (711).
-memperbaharui kembali Masjid Nabawi di Madinah tahun 706 mengubah Basilika Kristen St. Yohanes Pembaptis menjadi mesjid besar, kini dikenal sebagai Masjid Agung Damaskus
-mengembangkan militer, membangun angkatan laut yang kuat.

11.Sulaiman bin Abdul-Malik (± 674 - 717)
-memerintah dari 715 sampai 717, adik khalifah sebelumnya
al-Walid I.
-menlanjutkan ekpedisi ke bahagian pegunungan di Iran seperti Tabiristan memerintahkan serangan ke Konstantinopel, namun gagal.
-pemerintahan Sulaiman bin Abdul-Malik, dunia dinaungi pemerintahan Islam. Kekuasaan Bani Umayyah sangat kukuh dan stabil.

12.Umar II (682- 720)
-Umar bin Abdul-Aziz, berkuasa dari tahun 717 sampai 720, sepupu dari khalifah sebelumnya, Sulaiman bin Abdul-Malik.
-Ayahnya adalah Abdul-Aziz bin Marwan, adik dari Khalifah Abdul-Malik.
-Umar adalah cicit dari Khulafaur Rasyidin kedua Umar bin Khattab,
Umar dibesarkan di Madinah, dibawah bimbingan Ibnu Umar, salah seorang periwayat hadis terbanyak.
-menikah dengan anak perempuannya Fatimah
-memerintah seluruh daerah Islam yang luas

Tuesday, October 14, 2008

->Part III : Siapakah manusia yang layak menjadi khalifah pertama selepas kewafatan baginda Rasulullah saw?

Siapakah manusia yang layak menjadi khalifah pertama selepas kewafatan baginda Rasulullah saw?
Part III
Oleh Adam Yew Abdullah

Ahli Bait - Dalil dr Al-Quran
Selain dari keterangan hadis di atas, saya juga mengutip sebuah ayat dalam kitab Al-Quran yang menyebut

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati) dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar. Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."

Ayat al-ahzab 28 hingga 33 di atas, Allah swt memberi teguran terhadap batas-batas sikap isteri-isteri Rasulullah supaya jangan melampaui batas kemampuan Rasulullah saw dalam hal-hal rumahtangga Rasulullah saw. Larangan Allah swt adalah untuk memberi peringatan terhadap isteri-isteri baginda, bahawa jangan melanggar hukum-hukum Allah dan sekiranya mereka melanggar juga mereka akan ditimpa seksaan azab yang berganda. Teguran dan peringatan Allah swt ini juga mengajar pergaulan dan pertuturan mereka sebagai isteri-isteri Nabi terhadap kaum lelaki. Teguran Allah swt ini bukan bertujuan untuk menghina isteri-isteri Rasulullah saw, tetapi bertujuan untuk menjaga maruah keluarga Rasulullah saw dan ingin menyucikan mereka dari dosa-dosa.

Allah swt menjuruskan "AhlulBait" kepada isteri-isteri Rasulullah swt.

Ibnu Kathir, dalam tafsirnya terhadap ayat al-ahzab 28 hingga 33 ini, beliau mengambil pandangan dari Ibnu Abbas bahawa, menurut Ibnu Abbas menyatakan ahli bait yang dimaksudkan oleh ayat di atas adalah merujuk kepada isteri-isteri Rasulullah saw dan sesiapa yang berlainan pendapat dengannya, beliau bersedia untuk berdebat dengannya. Beliau (Ibnu Abbas) menyumpah mereka yang cuba menipu maksud sebenar ayat ini.

Wednesday, October 8, 2008

->Part II : Siapakah manusia yang layak menjadi khalifah pertama selepas kewafatan baginda Rasulullah saw?

Siapakah manusia yang layak menjadi khalifah pertama selepas kewafatan baginda Rasulullah saw?
Part II
Oleh Adam Yew Abdullah

Ahli Bait
Adalah penting dalam memahami istilah ahli bait. Ahli bait ialah anggota atau ahli keluarga yang terjalin berdasarkan ikatan pernikahan dan ikatan nasab bagi pihak lelaki. Ahli bait Rasulullah saw merujuk kepada isteri-isterinya dan anak-anak keturunan Rasulullah saw. Saya mengutip sebuah hadis dari kitab sahih muslim sebagai mengukuhkan istilah saya di atas.

Bersumber dari Yazid bin Hayyan, dia berkata: "Aku, Hussain bin Sairah dan Umar bin Muslim pernah menemui Zaid bin Arqam. Saat kami semua sedang semuka dengan Zaid bin Arqam itu".

Hussain berkata: "Wahai Zaid, anda telah mendapatkan kebajikan yang banyak. Anda telah melihat Rasulullah, mendengar hadis-hadisnya, ikut perang bersama beliau dan juga sembahyang di belakang beliau. Jadi anda tentu telah mendapatkan kebajikan yang banyak, wahai Zaid. Karena itu ceritakan kepadaku sebahagian yang pernah anda dengar dari Rasulullah saw, wahai zaid".

Yazid berkata: "Wahai putera saudaraku, demi Allah, aku ini sudah tua usiaku sudah lanjut, sehingga aku sudah lupa beberapa hal yang pernah aku dengar
dan aku pelihara dari Rasulullah saw. Jadi apa yang aku ceritakan kepadamu, maka terimalah. Dan yang tidak, maka jangan paksa aku meceritakannya."

Kemudian Zaid bin Arqam bercerita: "Pada suatu hari Rasulullah saw. berpidato di tengah-tengah kami tepatnya disebuah mata air bernama humma' yang terletak antara Mekah dan Madinah. Setelah memanjatkan puji-pujian kehadirat Allah, memberikan nasihat dan peringatan, kemudian bersabda: "Syahdan. Wahai manusia! Sesungguhnya aku juga seorang manusia. Utusan Tuhanku datang, maka aku pun menyambutnya. Ditengah-tengah kalian aku meninggalkan 2 perkara yang sangat berat sekali; yang pertama ialah kitab Allah itu dan berpegang teguhlah padanya." Beliau selalu menganjurkan supaya berpegang teguh pada kitab Allah dan berasa senang padanya. Dan yang kedua ialah anggota keluargaku. Aku memperingatkan kalian kepada Allah tentang anggota keluargaku, Aku memperingatkan kalian kepada Allah tentang anggota keluargaku, Aku memperingatkan kalian kepada Allah tentang anggota keluargaku.

Hussain lalu bertanya kepada Zaid: "Siapa anggota keluarga Rasulullah, wahai Zaid? Bukankah semua isteri Rasulullah saw bererti termasuk anggota keluarga beliau.

Zaid menjawab: "Isteri-isteri Rasulullah saw memang termasuk anggota keluarga beliau. Tetapi yang dimaksudkan dengan anggota keluarga di sini ialah
orang-orang yang haram menerima sedekah sepeninggalan beliau."

Hussain bertanya: Siapakah mereka itu?"

Zaid menjawab: "Mereka ialah keluarga Ali, keluarga Aqil, keluarga Jaa'far dan keluarga Abbas".

Hussain bertanya sekali lagi: "Jadi mereka semua itu haram menerima sedekah?"

Zaid menjawab: "Benar."

Hadis di atas menjelaskan bahawa isteri-isteri Rasulullah termasuk dalam ahli bait Rasulullah saw seperti yang diterangkan dalam ayat berikut

"...isteri-isteri Rasulullah saw memang termasuk anggota keluarga beliau..."

Maka tiada sebab kenapa isteri-isteri Rasulullah saw tidak dinisbahkan sebagai ahli bait kerana hadis di atas sudah terang-terang menjelaskan kedudukan sebenar mereka, sepertimana yang didakwa oleh golongan syiah bahawa mereka bukan dari kalangan ahli bait sebenarnya adalah sangat dhoif.

Bersambung...

->Tuition UPSR 2009





Tuesday, October 7, 2008

->Part I : Siapakah manusia yang layak menjadi khalifah pertama selepas kewafatan baginda Rasulullah saw?

Siapakah manusia yang layak menjadi khalifah pertama selepas kewafatan baginda Rasulullah saw?
Part I
Oleh Adam Yew Abdullah

Siapakah manusia yang layak menjadi khalifah pertama selepas kewafatan baginda Rasulullah saw? Saidina Abu Bakar r.a atau Saidina Ali r.a? Persoalan ini menjadi suatu perdebatan besar bagi umat Islam itu sehinggakan menyebabkan perpecahan antara umat Islam yang terbesar dalam sejarah, iaitu kumpulan golongan sunni dan golongan syiah. Sejak akhir-akhir ini kedengaran golongan syiah ini giat menyebarkan fahaman mereka kepada individu-individu tertentu yang rendah keimanan dan ilmu dalam Islam. Contohnya, golongan sasarnya ialah saudara baru yang baru memeluk agama Islam atau seseorang yang tidak berpegangan kuat kepada agamanya.

Syiah berpendirian bahawa orang yang layak menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW ialah Saidina Ali r.a iaitu sepupu kepada Nabi SAW. Pandangan ini menjadi asas kepada golongan syiah untuk mempercayai bahawa Imam Mahdi akan turun ke dunia pada akhir zaman adalah berasal dari keturunan Saidina Ali r.a. Asas kepercayaan mereka ini yang terlalu mengagong-agongkan Saidina Ali r.a sehinggakan sanggup mengelarkan Saidina Abu Bakar r.a , Saidina Umar Al-khattab r.a , Aishah r.a dan sebahagian para sahabat Nabi Muhammad SAW sebagai kafir. Malah bukan setakat digelarkan sebagai kafir tetapi para sahabat dihina dan dicaci sebagai pendusta dan penzina dalam sebahagian besar kitab-kitab penulisan mereka. Mereka (syiah) mendakwa Saidina Abu Bakar r.a merebut kuasa pemerintahan khalifah dari Saidina Ali r.a yang sepatutnya dimiliki oleh kerabat Nabi Muhammad SAW.

Dakwaan syiah mengenai perlantikkan Saidina Ali r.a sebagai pemegang utama pemerintahan khalifah adalah atas sebab Saidina Ali r.a merupakan ahli bait atau berketurunan dari Nabi Muhammad SAW. Berbeza dengan Saidina Abu Bakar r.a. kerana beliau bukan ahli bait Rasulullah saw oleh itu beliau tidak layak menjadi khalifah sesudah kewafatan Rasulullah saw. Mereka (syiah) juga menolak isteri-isteri Rasulullah SAW bukan di kalangan ahli bait Rasulullah SAW kerana ikatan hubungan mereka (para isteri) terjalin melalui perkahwinan tidak diambil kira termasuk di dalam golongan ahli bait Rasulullah SAW. Begitulah dakwaan syiah mengikut pengiraan mereka ahli bait adalah melalui pertalian darah atau keturunan Nabi Muhammad SAW seperti Fatimah r.a, Ali r.a, Hussain r.a, Hassan r.a dan seterusnya sehingga Imam Mahdi.






->Apa ertinya kita beragama Islam tapi tidak bersolat

Oleh Adam Yew Abdullah

Seseorang yang mengucapkan dua kalimah syahadah, secara langsung orang itu telah pun beragama Islam. Seseorang yang beragama Islam wajib bagi dirinya mengikut perintah Allah SWT. Kewajipan yang pertama baginya ialah belajar bersembahyang. Bersembahyang atau bersolat adalah kewajipan yang paling utama dalam Islam. Sebab Islam menekankan bersolat adalah bukti penyaksian seseorang manusia itu kepada Allah SWT. Seperti mana Allah SWT berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 25,

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepadaKu.
Jelas sekali bagi kita, seseorang yang mengakui dirinya Islam maka dia harus sedar bahawa dia wajib menunaikan solat.

Solat adalah ibadat yang terpenting dalam Islam. Segala amalannya, terletak dalam solatnya. Sekiranya, solatnya baik maka segala amalannya adalah baik dan diterima oleh Allah SWT. Sekiranya, solatnya tidak baik maka segala amalannya tertolak. Seseorang yang mengakui dirinya Islam tetapi tidak tahu kewajipannya sebagai seorang Islam, maka dia tidak ditunjuk jalan yang lurus oleh Allah SWT. Keyakinannya pula terhadap Allah SWT dipersoalkan kerana dia tidak tahu menjalankan kewajipannya sebagai orang yang beragama Islam. Dalam surah Al-Munafiqun ayat 1,

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

Allah menyifatkan orang-orang yang mengakui dirinya sebagai Islam tetapi tidak bersolat dan tidak melakukan kewajipannya disifatkan sebagai orang munafik. Orang munafik ialah orang yang berbohong mengakui dia Islam dan penyaksiannya terhadap Allah SWT adalah dusta semata-mata. Golongan ini adalah golongan yang sesat dan tidak mendapat petunjuk dari Allah SWT.

Walau bagaimanapun ada juga segelintir orang Islam yang masih ragu-ragu dengan hukum-hukum Allah SWT. Mereka mempertikaikan suruhan Allah SWT dalam melakukan kebajikan. Mereka langsung tidak mempedulikan hukum-hukum Allah seperti bersolat lima waktu sehari semalam dan berpuasa. Ada yang setelah memeluk agama Islam langsung tidak mahu mengerjakan solat di surau atau di masjid. Mereka berasa malu segan kerana masyarakat bukan Islam memandang serong terhadap mereka. Mereka berasa tidak aman kerana mereka diperhati oleh masyarakat bukan Islam yang sengaja mahu merosakkan keimanannya terhadap Allah SWT.

Inilah antara masalah-masalah yang dihadapi oleh orang-orang Islam yang memeluk agama Islam setelah diberi hidayah oleh Allah SWT. Akhirnya mereka terkecundang dan kufur dengan rahmat Allah SWT.

Sebaliknya orang-orang Islam yang diberi hidayah dan petunjuk seharusnya berbangga kerana mereka adalah golongan yang dipilih oleh Allah SWT untuk memenuhi ruang syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Surah Al-A’la ayat 14 dan 15,

Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

Surah Az-Zukhruf ayat 72,

Dan (dikatakan lagi kepada mereka): Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.

Di samping itu, orang-orang Islam harus bersabar dalam menghadapi bantahan
masyarakat bukan Islam kerana kita tahu itu adalah cabaran bagi orang-orang Islam. Masyarakat bukan Islam sentiasa menentang umat Islam kerana mereka tidak dapat menerima hakikat semakin ramai yang memeluk agama Islam. Oleh itu mereka memberontak dengan menghalangi dan mencaci sesiapa saja yang mendekati Islam. Dalam surah Al-Hijr ayat 94, Allah memberi peringatan kepada umat Muhammad SAW,

Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.

Oleh itu kita haruslah yakin dengan pendirian kita bahawa kebenaran berpihak kepada kita. Janganlah kita berasa ragu-ragu dengan kepercayaan kita terhadap Allah SWT. Sekiranya kita percaya kepada Allah SWT, jalankanlah tangungjawab kita sebagai seorang Islam yang beriman kepada Ilahi. Ada segelintir orang Islam yang hanya pandai bertutur tentang sesuatu hukum Islam tetapi tidak pula pandai melakukan solat. Ada juga yang berharta banyak tetapi tidak mahu membayar zakat. Ada yang sudah berumahtangga dan berkeluarga tetapi jahil tentang Islam akibat itu merosakkan aqidah pegangan orang lain termasuk isteri dan anak-anak mereka. Selain itu, ada yang masih suka berjudi dan masih suka menikmati makanan yang telah diharamkan oleh Islam. Semua ini adalah antara sifat-sifat orang kafir yang masih ada pada diri orang Islam itu sesudah dia memeluk agama Islam. Orang Islam sebegitu sememangnya tidak mahu berubah dan yang masih mahu mengikuti tabiat lamanya ketikanya belum Islam lagi.

Mungkin bagi mereka Islam tidak membawa apa-apa makna bagi diri mereka, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mendapat hidayah melalui percintaan atau perkahwinan dengan orang Islam asal. Islam hanya sekadar agama pegangan bagi mereka. Sama ada mereka menjalankan tanggungjawab mereka ataupun tidak itu adalah soal lain, yang penting Islam.

Orang Islam sebegitu juga tidak mahu menggunakan akal fikirannya berfikir kebenaran yang dibawa oleh Islam melalui Nabi Muhammad SAW. Mereka engkar dengan ayat-ayat Allah SWT dengan melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Islam. Mereka lebih cendorong mengikut hawa nafsu dan jalan syaitan dalam melaksanakan kehidupan mereka. Kehidupan mereka yang sepatutnya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW, agar kehidupan mereka mendapat petunjuk kepada jalan yang lurus dan diredai oleh Allah SWT.

Surah Ali Imran ayat 19

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

Agama Islam adalah agama Allah SWT yang diredai oleh-Nya. Adakah mereka tidak memikir bahawa mereka telah diberi petunjuk? Atau adakah mereka sengaja tidak mahu menghiraukan perintah Allah SWT ?

Hukum orang Islam yang sengaja meninggalkan solat adalah haram di sisi syariat Islam. Hukum haram membawa kepada dosa besar. Ada kemungkinan membawa kepada kekafiran yang dosanya tidak mungkin diampuni Allah SWT setelah diberi hidayah. Mengikut pendapat lain pula, hukum orang Islam yang meninggalkan solat adalah hukuman bunuh. Hukuman ini adalah amat berat sekali, yang mungkin bagi kita tidak dapat menerimanya. Seolah-olah kita telah melakukan jenayah yang berat dan hukuman yang dikenakan adalah setimpal dengan kesalahan kita. Walau apa pun jenis hukumannya, kesalahan orang Islam yang sengaja tidak mahu bersolat tetap berat kesalahannya. Dosanya pula adalah amat besar sehinggakan ulama-ulama menafsirkan mereka sebagai kufur dengan rahmat Allah SWT.

Surah Al-Muddaththir ayat 42-43,

(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;

Ternyatalah ayat Al-Muddaththir itu Allah SWT memberi peringatan kepada kita semua bahawa orang-orang yang mengakui dirinya beragama Islam tetapi tidak mahu melakukan kewajipan bersolat maka tempatnya adalah di neraka. Sepatutnya mereka ini sedar akan akibatnya yang akan diterimanya pada hari pembalasan nanti. Pada saat itu mereka akan menyesal selama-lamanya. Penyesalan mereka tidak ada gunanya pada ketika itu. Ini kerana mereka engkar dengan perintah Allah SWT dan alpa dengan kenikmatan harta dunia ketika mereka masih hidup sehingga hati mereka menjadi gelap.
Agama Islam bukan hanya sekadar agama pegangan dalam menjalani kehidupan di dunia ini tanpa beramal dengan amalan Islam yang betul. Seseorang yang beragama Islam tidak sempurna Islamnya sekiranya hanya mempercayai Allah SWT itu wujud. Ini kerana kepercayaannya terhadap Islam tidak dapat dibuktikan oleh tinkah lakunya. Dia hanya mengaku bahawa dia Islam tetapi keislamannya tidak ditonjolkan melalui anggota badannya sebagai umat Islam. Ini adalah penting sebagai seseorang Islam dia sedar dengan kewajipan dia sebagai hamba Allah SWT. Oleh yang demikian segala tingkah lakunya mencerminkan dirinya sebagai seorang Islam yang sejati sejajar dengan pegangannya dalam bahtera kehidupan sebagai seorang Islam. Pengislaman seseorang hamba Allah tidak dapat dibuktikan dengan sekadar niat di hati mengakui bahawa dia percaya kepada Allah atau dia beragama islam. Penyaksian sebegini tidak memberi keyakinan pada dirinya dan menyebabkan dia berasa ragu-ragu dengan apa yang dia percaya. Kepercayaan dia terhadap Allah SWT hanya dengan niat tidak memadai dengan kemahuan acuan Islam yang betul.

Ada segelintir orang Islam yang berpendapat bahawa sudah memadai kalau sekadar niat di hati bahawa dia beragama Islam. Ada di antara mereka yang juga mempertikaikan ayat-ayat Al-Quran terutama dalam perkara bersolat. Mereka berpendapat bahawa solat tidak pernah disuruh buat oleh Allah SWT, kerana tidak disebut dengan jelas dalam Al-Quran.

Seruan untuk bersolat banyak disebut di dalam Al-Quran, antaranya

Surah Az-Zaariyat ayat 56, Allah SWT berfirman…

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 21, Allah lagi sekali berfirman memerintah orang-orang Islam bersolat.

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa.

Firman Allah wajar sekali kita sebagai orang Islam memberi tumpuan terutama sekali tentang solat.

Orang-orang Islam yang mengaku dirinya sebagai Islam wajib baginya menunaikan solat lima waktu sehari semalam.

Surah Thaahaa ayat 130, Allah SWT berfirman tentang solat lima waktu…

Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).

Seruan solat dan kewajipan umat Islam mematuhi hukum-hukum Islam akan kita panjangkan pada artikel yang akan datang. InsyaAllah.

Wallahu a’lam

Monday, September 29, 2008

->Dosa dan Pahala

Oleh Adam Yew Abdullah

Manusia tidak sepi dengan melakukan kesalahan dan kesilapan, kerana manusia adalah ciptaan Allah yang mempunyai sifat lemah. Kita disuruh untuk bertaubat sekiranya kita melanggar perintah Allah. Sekiranya kita enggan berbuat demikian, dikhuatiri mendapat kesan yang buruk dalam pengamalan kita seperti menganiayai diri sendiri dan menghadapi kerugian untuk mendapatkan pahala sama ada di dunia ataupun di akhirat. Allah berfirman:

“Barangsiapa yang mengerjakan dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakannya untuk (kemudhratan) diri sendirinya.”
Surah An Nisaa’ 111

Sebagai contoh yang boleh kita jadikan sebagai ikhtibar ialah kewajipan melakukan solat. Kesalahan seorang hamba tidak melakukan solat kerana terlupa dapat dimaafkan, asalkan seseorang itu bertaubat dan memohon untuk tidak mengulangi kesalahannya itu. Allah berfirman:-

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya kemudian ia memohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Surah An Nisaa’ 110

Namun, ada sesetengah manusia yang sengaja tidak mahu menunaikan solat dan juga tidak mahu memohon pengampunan ke atas kesalahannya itu. Golongan manusia ini, bukan hanya ingkar dengan perintah Allah malah bersikap sombong terhadap penciptanya. Mereka ini adalah antara orang-orang yang kufur dan sesat daripada rahmat Allah.

“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikut jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam jahanam dan jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.”

Surah An Nisaa’ 115

Dosa dan pahala adalah di tangan Allah. Perbuatan kemungkaran akan mmendapat dosa dan seseorang itu wajib memohon pengampunan kepada Allah, supaya dosanya itu diampunkan. Tetapi bukan semua dosa dapat diampunkan oleh Allah, contohnya seperti perbuatan syirik terhadap Allah. Perbuatan syirik adalah kesalahan yang paling besar dalam Islam. Syirik adalah menyekutukan Allah dengan mempercayai ada kuasa lain selain kuasa Allah SWT. Kesyirikan seseorang itu adalah contoh seperti menyembah berhala atau patung-patung, mengunakan makhluk halus atau jin untuk tujuan perubatan, meletakkan benda-benda tertentu di sesuatu sudut dengan kepercayaan ia akan menghalau syaitan dan memakai sesuatu di tubuh sebagai untuk mencegah perbuatan sihir orang. Antara semua ini adalah perbuatan syirik yang membawa kemudharatan terhadap diri sendiri. Allah berfirman:-

“Sesungguhnya, Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakiNya.”

Surah An Nisaa’ 116

Kedua-dua golongan manusia ini dianggap berbahya dalam Islam. Mereka itu munafik dan musyirik terhadap Allah SWT dan orang-orang mukmin. Mereka berpaling dari kebenaran yang dibawa oleh agama Islam. Kefahaman Islam yang cetek dan kurang penekanan dalam mengamal Islam adalah antara punca mereka kufur. Di samping itu, kurang didikkan dan bimbingan agama dari wali-wali mereka juga merupakan factor penyebab kesesatan mereka.

Allah berfirman:-

“Dan siapa di antara kamu murtad(keluar dari agama Islam) dari agamanya lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya di dunia dan akhirat dan mereka itulah ahli neraka mereka kekal di dalamnya selama-lamanya”
Surah Al-Baqarah 217

Orang-orang mukmin harus menjauhi diri mereka daripada terjerebak dengan sifat-sifat golongan ini. Adapun golongan ini telah disesatkan oleh Allah SWT dan tidak mungkin kita sebagai manusia biasa, mahupun orang mukmin sekalipun tidak mampu menyedarkan mereka kembali ke pangkal jalan. Allah berfirman:-

“Apakah kamu bermaksud memberi petunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan Allah? Barangsiapa yang disesatkan Allah, sekali-kali kamu tidak mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk) kepadanya.”
Surah Nisaa’ 88

Jelas sekali bahawa keharusan orang-orang mukmin meninggalkan perbuatan seperti syirik dan munafik kerana perbuatan sedemikian itu tidak membawa apa-apa faedah sebaliknya kita akan disesatkan oleh Allah. Jangan sesekali menghampiri sifat-sifat itu kerana khuatir tergelincir ke dalam lembah dosa besar. Sebagai orang Islam, kita wajib berpegang teguh kepada agama Islam, walau apapun keadaan sekalipun, sama ada semasa susah mahupun senang, kita tetap dengan ikhtikad yang satu iaitu Islam yang suci.

Wassalam…

Friday, September 26, 2008

->Combating Food Crisis

COMBATING FOOD CRISIS: LOCAL SOLUTIONS BEGIN WITH YOU

Associate Professor Zainal Ariffin Ahmad
Human Development Lab, USM

After a month of breaking fast buffets and souqs or Pasar Ramadhan, the season for open houses is upon us starting with the Hari Raya Aidilfitri (1 October 2008) followed by Deepavali (27 October 2008), Christmas (25 December 2008) and Chinese New Year (26 January 2009). Therefore, it is only fair that we take heed of the glaring headline below in the Environmental News Service (http://www.ens-newswire.com/ens/aug2008/2008-08-22-01.asp).
“Half of All Food Produced Worldwide is Wasted” ENS (22 August 2008).

This strong statement was jointly espoused by the Stockholm International Water Institute (SIWI), the UN Food and Agriculture Organization (UNFAO), and the International Water Management Institute (IWMI) in their policy brief, "Saving Water: From Field to Fork - Curbing Losses and Wastage in the Food Chain." They argue that the “current food crisis is less a crisis of production than a crisis of waste.” As one of the 4-Fs (fuel, food, financial and falling-out) crises, the food crisis faced by Malaysians is a global phenomenon that requires local solutions.

Let’s look at a common controlled commodity during these festive seasons—chicken. Business Times reports that statistics from the Ministry of Agriculture and Agro-based Industry show that Malaysians consumed 964 tonnes of chicken in 2006 compared to 940 tonnes in 2005 mostly through fast-food chains via chicken-based dishes, sandwiches, salads and tenders. Recently, the Federation of Livestock Farmers Association of Malaysia (FLFAM) suggests Malaysians consume 1.3 million chickens daily in Peninsular Malaysia and the demand increases by 3 to 4 percent during festive seasons. The 2008 report on“Changing food consumption and imports in Malaysia: Opportunities for Australian agricultural exports” (abare.gov.au) reports that chicken meat accounts for more than 60 per cent of the Malaysian's meat consumption of 48 kg per person, whereas fish consumption per person rose from 48 kg in 1990 to 57 kg in 2005. We consume more meat compared to other Asian countries such as Japan and Korea (35 kg) and Thailand (24 kg) but about 50 per cent lower than the meat consumption in the United States and Australia .
The report also stated that whereas the Malaysian government is committed to food self-sufficiency, we are not able to sustain, for example rice production is only 3 percent of our agricultural output. Whereas our rice consumption has reduced by 15 percent, wheat consumption has increased from 33 kg in 1990 to 58 kg in 2005. Our self-sufficiency rates for milk, mutton and beef are very low compared to fruit, poultry, eggs and pig meat. Malaysia will remain highly dependent on imports of many agricultural products such as beef, dairy products, and sheep meat but less dependence on rice imports. On the other hand, processed food accounts for 10 per cent of Malaysia ’s manufacturing output and the food processing industry is growing. About 34 per cent of food retail sales including processed food are from supermarkets with chain outlets such as Carrefour, Dairy Farm Holding and Jaya Jusco.

To put the food crisis into perspective, recently I had a humbling experience visiting a private organization called Rumah Yakin Al-Wadi that housed 77 poor and orphaned children in Kupang, Kedah. After breaking fast of kueh and kurma, the entourage of about 40 employees from a multinational company in Penang performed Maghrib prayers with the children and staff members. The children were then feted with a feast served in the traditional way of 4 persons eating from the same “dulang” with chicken, meat, vegetables, rice and curry. Normally their daily meal twice a day consists of meager ration of rice and most of the time served with fish. We were informed that it costs RM10 a day to sustain a child in Rumah Yakin. One policy of the house, take what you need, you must finish everything in the “dulang” as “rezeki” is hard to come by, therefore “waste not, want not.” What a contrast to the RM30++ to RM88++ Ramadhan buffets in KL hotels or at Midvalley. Even at half-price for children there will be lots of leftovers either on the plates or on the buffet lines and it seems that people’s visual appetite is larger than their stomach. The joint SIWI-FAO-IWMI’s policy brief drives the point home for the Malaysian food crisis scenario,
"More than enough food is produced to feed a healthy global population. Distribution and access to food is a problem - many are hungry, while at the same time many overeat. We are providing food to take care of not only our necessary consumption but also our wasteful habits."
How true, just look around us in our daily behaviors dealing with food at breaking fast time or even during non-fasting months. It gets worse during the festive seasons at the open houses, people rush to the buffet lines where the voracious visual appetites exceed the stomach capacity and you will see lots of wasted food on the plates and the garbage bags. If greed was blamed for the financial crisis, the same greed is at fault for our food crisis. It’s really embarrassing!

No wonder than we are faced with a vicious cycle of food crisis. Whereas the Government current policy is striving for high level food self-sufficiency, our country is experiencing declining growth in agriculture productivity partly blamed on limited availability of arable land, significant decline in agricultural employment with migration of male farm workers to urban and into manufacturing. We are dependent on food imports especially from Australia , Thailand and China . The fuel crisis adds to the food crisis because even with the recent reduction of 10 cents, you will not see the prices of food products going down. The financial crisis doesn’t help reduce the food prices either, because regardless if your stock prices rise or fall, you still have to eat. And worse still, the falling-out crisis in the Parliament House and the Dewan Rakyat will not improve the matter. We are wasting food like nobody’s business during the festive seasons, overeating and indulging in wasteful behaviours at so many open houses around the country. Maybe we should learn from the poor and orphaned children of Kupang, “take what you need and finish everything on your plate” when you visit the open houses this festive season. Selamat Hari Raya and eat well, and be part of the local solution for OUR food crisis.


Associate Professor Zainal Ariffin Ahmad
Head, Human Development Lab
School of Management
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia

Tel: +604-6532534
Fax: +604-6577448

Thursday, September 25, 2008

->Rumah Yakin Tahfiz Al-Wadi

Rumah Yakin Tahfiz Al Wadi


















Motorolan, Penang



Monday, September 22, 2008

->Program Ramadhan 2008


Venue:
Rumah Yakin Tahfiz Al Wadi,
Lot 4185, Kupang 09200,
Kedah darul aman

Date:
24 – 09 – 2008

Aturcara Majlis Berbuka PuasaDengan Anak-anak Yatim.

4:00pm Bertolak dari Motorola
6:00pm Ucapan dari pengerusi rumah anak yatim
6:10pm Ucapan dan penyampaian hadiah sumbangan
6:30pm Majlis bacaan tahlil dan doa selamat
7:00pm Majlis berbuka puasa
(Berbuka dengan buah kurma terlebih dahulu)
7:30pm Bersolat Maghrib
7:45pm Makan (Makanan dalam hidang)
8:20pm Bersolat Isyak
8:45pm Bersurai

Friday, September 19, 2008

->My First Blog...



--My New Family--

--Ayu Fatihah & Ibu kesayangannya--

This is our first blog & hopefully will gain new experience here!

Laman Pilihan

Video Pilihan

Quran Search

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Hadis Search

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com