Saturday, October 12, 2013
Wednesday, October 2, 2013
Mr Bean Memeluk Agama Islam
Berita dari Yahoo.com
http://my.news.yahoo.com/mr-bean-masuk-islam-062406264.html
Berita kononnya tokoh dunia komedi, Rowan Atkinson (gambar) atau lebih dikenali sebagai 'Mr Bean' memeluk Islam 1 Oktober lalu kini tersebar ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial. Ia dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool.com.
Menurut kedua-duanya media itu, Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam setelah menonton filem Innocent of Muslim, filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad.
Mr Bean tidak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, lapor laman web Indonesia, Islampos.com. Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.
Mr Bean terkenal dalam siri komedinya di samping beberapa buah filem termasuk Johnny English. Sehingga kini, media-media arus perdana di United Kingdom masih belum menyiarkan mengenai berita ini walaupun media Arab sudah heboh mengenainya. - 2 Oktober, 2013.

Saturday, September 21, 2013
Kembali giat dalam blog!
Ditulis oleh Adam Yew Abdullah.
Tahun 2013 merupakan tahun permulaan segala-galanya. Bermulanya sebuah topik mencari tujuan hidup yang baharu dengan keluarga yang tercinta. Ayu dan Aliya semakin membesar. Selama 2 tahun lebih meninggalkan blog ini kini kembali giat cergas. Tiada apa banyak berubah dari dulu hingga sekarang. Namun dalam jangka masa yang terdekat ini, InsyaAllah sesuatu yang baik akan berlaku tidak lama lagi. Lakaran hidup aku yang baru bakal menjelma tetapi aku tidak mahu terlalu 'confident' kerana semua ini ketentuan Allah SWT. Aku hanya tunggu jawapan. Jikalau sesuatu itu baik untuk aku dan famili maka aku percaya Allah akan kabulkan permintaan aku ini dan menjadikan ia kenyataan.
Sejak awal tahun ini, pelbagai cabaran yang dilalui oleh aku. Ada yang banyak mengajar aku sebagai pengalaman baru dalam hidup yang aku rasa tak pernah dialami seumur hidup aku. Dahulunya, aku terlalu bergantung kepada kawan, saudara dan keluarga. Contohnya, dulu aku mendapat kerja di Motorola melalui kawan rekemen. Maklumlah ketika itu aku tak pandai mengerti perkataan 'tawakkal'. Aku masih belum kenal Allah dan Nabi Muhammad secara lebih dalam. Selepas dapat kerja di MOT aku kerja selama 9 tahun. Di situ aku mengenali isteri aku yang tercinta. Aku berhenti dan menyambung degree aku selama 3 tahun. Sekarang aku dah graduate dan kini sedang mencari pekerjaan yang baru. Selama 3 tahun ini, aku merenung balik peristiwa yang aku lalui telah banyak mengajar aku erti berdikari dan bertanggungjawab dalam hidup. Mula-mula sekali kehidupan aku di kolej dapat bertemu dengan kawan-kawan baru dan juga lecturers. Mereka mendapat tempat persinggahan sementara aku. Kehidupan aku dengan famili masih kekal kuat, Alhamdullillah. Pahit dan manis pengalaman hidup bersama keluarga dilalui bersama. Alhamdulillah sejak 'resign' dari MOT, rezeki bertambah tidak seperti dulu.
Aku betul-betul bersyukur kepada Allah. Aku banyak bertawakkal kepada Allah. Bukan macam dulu lagi, tiada hala tuju yang tetap dan nyata. Kalau dunia tiada maklamat hidup. Semuanya melibatkan wang ringgit. Mahu tak mahu kena keluar wang ringgit untuk sembahyang atau berdoa untuk mendapatkan hajat. Tidak seperti sekarang dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam, semuanya 'free of Charge'. Tiada perlu membayar untuk berdoa, berzikir atau bersolat. Allah sentiasa mendengar doa kita dan memberikan apa yang kita doakan. Kita perlu sentiasa mengharap sesuatu dari Allah, sebab kita orang Islam tahu bahawa Allah itu sayang kita. Kini aku ada tempat untuk mengadu masalah aku tanpa perlu membayar apa-apa untuk mendapatkannya. Kini hati aku tenang!
Apa yang penting kita kena usaha dan sabar. Orang kata kita perlu consistent dalam apa jua yang kita buat. InsyaAllah, kita akan berjaya dan selepas ini kita akan banyak mengharapkan daripada Allah untuk memberi rezeki yang berlimpah luas. Jazakallahu.

Subscribe to:
Posts (Atom)