Tuesday, March 31, 2009

->Harapan tetap jadi harapan bagi seorang ibu...

Ditulis oleh Adam Yew Abdullah

Hari ini saya mendapat satu panggilan dari seorang ibu kepada seorang anak murid kelas saya. Beliau meluahkan masalah kewangan yang dihadapi dan tidak mampu lagi menghantar anaknya ke kelas tuisyen lagi. Berita ini menyebabkan saya tersentek sedikit kerana buat pertama kalinya saya melihat kesan akibat kegawatan ekonomi negara memberi impak kepada kita semua. Selalu kita tengok berita mengenai orang dibuang kerja dan kilang tutup di merata tempat di luar negara, tidak pernah terfikir ia berlaku ke atas diri kita ataupun orang terdekat dengan kita.

Kesan akibat kegawatan ini semakin menular dan menjadi parah. Dulu mungkin kalau kita kerja di kilang, ada juga OT untuk memperolehi pendapatan lebih sedikit. Bolehlah kita simpan atau guna untuk anak tuisyen dan meringankan bebanan kita. Tapi sekarang bukan setakat OT saja tak ada, kerja pun sekarang ini tak stabil. Banyak syarikat ini memotong sebarang insentif yang diberikan dulu dan mengadakan ‘cost reduction’(pemotongan kos pengeluaran) seperti pembekuan kenaikkan gaji, elaun, memaksa mengambil cuti panjang dan ada juga terpakasa bertukar shif kerja. Bahangnya semakin dirasai oleh kita semua.

Agak menyedihkan apabila mengetahui berita tentang ibubapa tidak mampu memberi pendidikkan yang cukup baik kepada anak-anak. Kedengaran suara sedihnya semacam hendak menangis. Anaknya seorang yang rajin dan bersemangat dalam belajar. Dia tidak segan untuk bertanya dan selalu meminta kerja rumah lebih untuk dibawa balik buat. Saya merasai suatu kerugian sekiranya berhenti begitu sahaja. Peluang untuk anaknya maju mungkin tidak ada lagi. Harapannya terbantut dan mungkin merasakan gagal menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Kepada si ibu yang mengadu itu, saya harap anda akan terus hantar anak anda ke kelas tuisyen. Saya akan membantu setakat mana yang mampu. Dan berdoalah kepadaNya supaya kita semua diberkati dan dirahmati olehNya.

Wallahu a’lam

No comments:

Laman Pilihan

Video Pilihan

Quran Search

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Hadis Search

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com