Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Thursday, April 16, 2009

->Sejarah Islam bertapak di Tanah Melayu (Part I)

Ditulis oleh Adam Yew Abdullah

Pada awal kurun ke-10 hingga awal kurun ke-14, pengaruh kerajaan-kerajaan seperti kerajaan Srivijaya (berpusat di Palembang, Pulau Sumatera), kerajaan Majapahit (berpusat di Pulau Jawa Timur) pengaruhnya amat besar ke atas negara seperti Indonesia, Filipina dan Malaysia.

Kerajaan Srivijaya banyak dipengaruhi budaya India, pertama oleh budaya agama Hindu dan kemudiannya diikuti pula oleh agama Buddha. Agama Buddha diperkenalkan di Srivijaya pada tahun 425 Masihi. Srivijaya merupakan pusat terpenting agama Buddha Mahayana. Raja-raja Srivijaya menguasai kepulauan Melayu menerusi perdagangan dan penaklukan dari kurun ke-7 hingga ke-9.

Majapahit adalah sebuah kerajaan yang pernah ditubuhkan sekitar tahun 1293 hingga 1500 M dan berpusat di Pulau Jawa timur. Kerajaan ini pernah menguasai Pulau Jawa, Sumatera, Borneo, Sulawesi, Madura, Bali, dan banyak wilayah lain di Nusantara. Majapahit ialah kerajaan Hindu-Buddha yang terakhir dan masyhur di Nusantara. Didahului oleh kerajaan Srivijaya, yang berpusat Palembang di pulau Sumatera.

Kerajaan awal Tanah Melayu iaitu, Melaka yang diasaskan oleh Parameswara, asal dari Kerajaan Srivijaya melarikan diri setelah diserang oleh kerajaan Majapahit di Palembang pada tahun 1400. Parameswara yang menjadi raja ketika itu menganuti agama Hindu dan kemudiannya memeluk agama Islam pada tahun 1414.

Agama menjadi tunjang kepada sesebuah kerajaan pemerintah. Kerajaan Srivijaya dan Majapahit yang memerintah ketika itu mengambil agama Hindu-Buddha sebagai agama rasmi dalam pemerintahan mereka. Usaha menyebarkan agama Hindu-Buddha dilakukan secara meluas melalui penjajahan, perdagangan dan perkahwinan.

Pengaruh agama Hindu-Buddha ini amat besar dalam kehidupan harian mereka. Majlis upacara perkahwinan, pertabalan, kematian dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Adat istiadat dan adat resam agama Hindu-Buddha dipegang dan diamalkan dalam masyarakat dengan meleluasa.

Perkembangan agama Islam di Asia Tenggara, tidaklah begitu hebat berbanding agama Hindu-Buddha walaupun ada pedagang-pedagang dari Gujerat, India dan Arab dari Timur Tengah datang berdagang di Asia Tenggara. Saudagar-saudagar ini yang datang berdagang secara tidak langsung menyebarkan agama Islam melalui cara berniaga dalam Islam.

Pada tahun 1414, bermulalah agama Islam bertapak dalam kerajaan awal Tanah Melayu, apabila raja Melaka yang pertama, iaitu Parameswara menganuti agama Islam. Dikatakan setelah menyedari bahawa usaha untuk memajukan Melaka adalah dengan memperkembangkan Islam kerana pedagang dari Gujerat , India dan pedagang Arab dari Timur Tengah ramai berdagang di Nusantara.


Melaka kemudiannya telah menjadi satu pelabuhan perniagaan yang terpenting di Asia Tenggara di mana kapal-kapal perniagaan dari pelbagai bangsa berhimpun. Pengiktirafan armada Laksamana Cheng Ho terhadap Melaka semakin menguntungkan Melaka. Cheng Ho atau Zheng He seorang yang beragama Islam.

Friday, April 3, 2009

->Najib Perdana Menteri keenam

Petikan DRS. KHALIL IDHAM LIM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib,55, mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada pukul 10:12 pagi tadi.

Upacara yang penuh adat istiadat itu berlangsung di Balai Rong Seri Istana Negara di sini, menyaksikan Najib melafazkan ikrar berbunyi berikut:

"Bismillahirahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi."

"Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah dilantik memegang jawatan Perdana Menteri dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan jujur, dengan segala dayaupaya saya, bahawa saya akan menumpahkan kepercayaan dan taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan juga memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaannya."

"Bismillahirahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

"Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan kepada sesiapa sama ada secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan diketahui oleh saya sebagai seorang Perdana Menteri kecuali sebagai mana yang mungkin dikehendaki untuk menunaikan dengan sempurna kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian atau sebagai mana yang mungkin dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong."

Najib mencipta sejarah kerana mewarisi bapanya, Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan Perdana Menteri kedua.

Najib menyertai politik secara aktif selepas Razak meninggal dunia.

Upacara bersejarah itu akan bermula pukul 10 pagi ini dengan disiarkan secara langsung oleh RTM.

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Pagi semalam, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.

Ia diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan di Istana Negara.

Semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Tuanku Mizan untuk menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri, selaras dengan proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib yang dirancang sebelum ini.

Najib, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, turut menghadap Seri Paduka di Istana Negara, selepas istiadat menghadap oleh Abdullah pagi tadi.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Oktober 2003.

Menurut atur cara sempena upacara mengangkat sumpah yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, selepas upacara di Istana Negara ini, Najib dijadual ke Masjid Negara untuk solat Jumaat dan menziarah pusara ayah beliau di Makam Pahlawan, di perkarangan masjid itu.

Pada pukul 4 petang, Abdullah dengan rasminya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib dalam satu upacara di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Lewat petang, Najib akan pulang ke kediaman beliau di Jalan Duta di sini untuk majlis tahlil serta doa selamat dan akan ke udara untuk berucap di seluruh negara melalui RTM pada pukul 8.10 malam.mSTAR.

Wednesday, January 21, 2009

Barrack Obama Preseident ke-44

Oleh Adam Yew Abdullah

Barrack Obama memecah tradisi Amerika Syarikat apabila menjadi President Amerika kulit hitam yang pertama dalam sejarah Amerika Syarikat. Tidak sesiapa dapat jangkakan suatu hari nanti seorang yang dulunya dianggap sebagai golongan hamba kepada bangsa kulit putih, menjadi pemimpin kuasa besar dunia. Geogre washithon, Abraham lincon dan lain-lain tidak menjangkakan hari ini menjadi sejarah melihatkan seorang kulit hitam menjadi President.



Harapan dunia
Dunia mengharapkan perubahan di mana krisis yang melibatkan negara-negara barat dengan Islam menjadi agenda utama. Perbincangan harus diadakan kedua pihak untuk mengelakkan dunia menyaksikan satu lagi peperangan yang bermula dari era pemerintahan keluarga Bush. Cita-cita atau minat Bush yang sukakan peperangan menjadikan masyarakat dunia benci pada Amerika Syarikat terutama Bush. Malah, masyarakat Amerika sendiri amat membenci bush dan parti republican yang gagal mentadbir negara mereka. Tidak hairanlah kali ini kemenangan menjadi milik demokratik yang dimenangi oleh Barrack Obama. Persoalannya, apakah polisi Amerika Syarikat dalam dasar luarnya, masih sama atau berubah? Apa-apa pun, seluruh dunia mengharapkan perubahan. Di Malaysia, ramai yang menyokong kemenangan Barrack Obama. Kerana beliau menjadi simbol perubahan dan harapan baru bagi generasi sekarang. Sistem yang dianuti sejak 5o tahun lalu sudah dianggap usang dan tidak boleh diterima pakai lagi. Sistem yang dimonopoli oleh satu puak saja walaupun berkongsi kuasa. Sistem yang yang penuh dengan korupsi. Menjadikan masyarakat mula menjadi muak dan bosan.
Kita mengharapkan perubahan. Perubahan di Palestin.... Perubahan di Afganistan... Perubahan di Iraq.... Perubahan di Iran.... Perubahan polisi di Amerika Syarikat. Harapan tetap harapan!

Wassalam.

Tuesday, January 20, 2009

Selamat tinggal 2008

Oleh Adam Yew Abdullah

20 hari telah bermula dalam tahun baru masihi 2009. Setelah 20 hari berlalu, baru dapat duduk dengan tenang menulis blog kegemaran saya ini. Sekian lama tidak update blog ini kerana sibuk dengan kerja-kerja kelas tuisyen. Kerja yang sepatutnya disiapkan beberapa bulan yang lalu, tetapi terpaksa disiapkan dalam beberapa hari. Alhamdulillah, 60% hampir siap tetapi masih perlu berusaha lagi untuk mengemas kini sylibus untuk sepanjang tahun ini. Uhhh...berat rasanya tanggungjawab yang dipikulkan ini. Suatu amanah yang besar diberikan kepada saya untuk mengajar budak-budak ini. Ada yang berkata, "kenapa perlu berusaha keras, budak-budak senang nak ajar. Bagi notes bagi homework sudahlaa. Tiap-tiap bulan kutip duit cukup la". Bagi saya itu adalah pandangan mereka yang negatif atau kurang memberi semangat. Bagi saya, saya ingin buat yang terbaik untuk pelajar. Saya nak pastikan setiap orang mendapat apa yang patut dan cukup untuk mereka bersedia menduduki peperiksaan sekolah. Saya berasa terharu bila mendengar seorang pelajar tahun 6 menggunakan wang sakunya RM100 untuk membayar yuran sendiri. Bayangkan, ibubapa yang tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen apa akan terjadi kepada anak-anak mereka? Seorang anak yang mengeluarkan wang sakunya sendiri, mengharapkan suatu kejayaan dalam pelajarannya, apatah lagi dalam hidupnya. Apatah lagi ibubapa mereka yang meletakkan harapan besar kepada anak-anak mereka dengan menghantar mereka ke kelas tuisyen untuk belajar supaya mereka dapat memperbaiki kelemahan diri. Bagaimana pula dengan anak-anak di Palestin? Setiap masa dan waktu senantiasa digeremuni dengan ancaman letupan bom. Apakah ibubapa Palestin masih mempunyai masa kesempatan untuk menanam harapan masa depan pelajaran anak-anak mereka menjadi bagus? Ataupun sekadar menanam harapan supaya anak-anak mereka tidak dibom oleh puak yahudi? Harapan ibubapa berlainan daripada tempat dan masa mereka berada. Di sini anak-anak kita sangat bertuah berbanding dengan anak-anak di Palestin, walaupun bukannya semua. Ada juga yang miskin dan tercicir dalam pelajaran. Ada juga yang mampu dihantar ke kelas tuisyen, tetapi tidak berminat belajar. Dan ada juga yang miskin tetapi tidak insaf. Contoh pelajaran yang terbaik adalah seperti pelajar yang menggunakan wang sakunya untuk membayar yuran kelas tuisyennya. Kerana mungkin dia insaf atas kepentingan pelajarannya dan mungkin salah satu cara yang paling bagus untuk keluar dari masalah kemiskinan ialah melalui pelajaran. Dan saya berdoa semoga Allah membuka jalan yang mudah kepadanya untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam UPSR.

Harapan tetap harapan! Harapan menjadi kenyataan kalau kita berusaha dan memohon pertolongan dari Allah. Harapan saya ialah moga-moga mendapat keberkatan dari setiap sen yang diperolehi daripada kelas tuisyen ini adalah halal dan hasil titik peluh penat lelah mengajar budak-budak sekolah. Barulah kita merasai kepuasan dengan setiap satu sen yang kita dapat. Berbelanja dengan penuh keinsafan kerana kita tahu duit bukan senang nak dicari. Setiap sen yang kita perolehi adalah hasil titik peluh diri sendiri. Saya masih berpegang dengan pendirian bahawa wang dalam zaman teknologi ini adalah penting. Walaupun, ada juga yang tidak setuju dengan pendapat ini. Namun masing-masing berhak mengeluarkan pandangan. Mungkin, disebabkan oleh punca situasi yang berbeza dialami oleh seseorang itu. Saya rasa menjadi isu ialah sama ada wang itu berkat atau tidak berkat. Kalau wang itu dari sumber yang tidak halal maka sudah tentu berbagai dugaan akan dialami. Jikalau sebanyak mana wang pun, tidak mencukupi untuk belanja maka sumber itu tidak berkat. Mungkin ini kita sebut sebagai caused and effect atau dalam religious term kita sebut sunnahtullah atau hukum Allah. Ia terjadi mungkin sebagai balasan di dunia atas suatu kerja yang diamanahkan kepadanya tidak dilakukan dengan sempurna atau tidak melakukannya langsung. Apa-apa pun masing-masing mempunyai tafsirannya tersendiri.

Hari ini Aliya berusia 52 hari. Masa berlalu begitu pantas. Tidak lupa peristiwa semasa berada dalam GH ketika Aliya dilahirkan. Seolah-olah berlaku semalam. Masih segar di dalam ingatan saya. Ingat lagi masa itu isteri tengah menjerit sakit bersalin tetapi sekarang ini tengah sibuk menguruskan badan. Ayu, semakin membesar dah 3+ tahun. Nak mendukung dia pun dah berat. Tahun ini Ayu tak sempat nak masuk pra-tadika. Tahun depan insyaAllah, kami lebih bersedia. Sebab tahun ini peruntukkan diberikan kepada Aliya untuk membesar. Alhamdulillah! Allah memudahkan urusan hambanya selagi kita tidak berputus asa terhadapNya. Selamat tinggal tahun 2008 masihi. Dan selamat tahun baru 2009 masihi semoga Allah memudahkan urusan kami dan meringankan bebanan kami. InsyaAllah.

Wassalam
Adam Yew Abdullah

Monday, October 20, 2008

->Salasilah Kekhalifan Islam Selepas Kewafatan Rasulullah SAW

Oleh Adam Yew Abdullah

Muhammad saw
570-632

1.Abu Bakr bin Abi Quhafah(632-634)
-Juga dikenali sebagai Abdul Ka'aba atau 'Slave of Ka'aba', kemudiannya Rasulullah SAW menukarkannya kepada Abdullah atau 'Slave of God'. Nabi SAW juga memberikan Abu Bakar gelaran Al-Siddiq (Yang Benar) atau 'The Testifier to the Truth.'
-Perselisihan antara kaum Muhajirin dan Anshar
-Suku Arab Hijaz dan Nejed membangkang kepada sistem kekhalifahan baru
-Perang Ridda - Zakat & Murtad
-Ibnu Habib al-Hanafi - mendakwa dirinya sebagai nabi baru
-Memerangi empayar Bizantium dan empayar Parsi.
-Penaklukkan Irak(Mesopotamia) dan Syria
-Berperanan dalam pengumpulan teks-teks Al Qur'an

2.Umar(634-644)

3.Uthman Affan
-kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan Al Quran semasa beliau menjadi khalifah.

4.Ali(644-661)
-memerintah selama sekitar 5 tahun
-pertama kalinya perang saudara antara umat Muslim
-Perang Jamal. 20.000 pasukan pimpinan Ali
melawan 30.000 pasukan pimpinan Zubair bin Awwam, Talhah bin Ubaidillah, dan Ummul mu'minin Aisyah binti Abu Bakar
-Perang Shiffin yang melemahkan kekhalifannya juga berawal dari masalah tersebut.
meninggal di usia 63 tahun karena pembunuhan oleh Abdrrahman bin Muljam, seseorang yang berasal dari golongan Khawarij (pembangkang) saat mengimami shalat subuh di masjid Kufah

5.Muawiyah bin Abu Sufyan(602-680)
-khalifah pertama dari Bani Umayyah,sebagai salah seorang Sahabat Nabi.
-Perang Shiffin makin memperkukuh posisi Muawiyah dan melemahkan kekhalifahan Ali bin Abu Thalib, Amru bin Ash (kubu Muawiyah) dengan Abu Musa Al Asy'ari (kubu Ali) yang terjadi di akhir peperangan tersebut

6.Yazid bin Muawiyah (Yazid I)
-645 - 683 ialah khalifah kedua Bani Umayyah
-Pertempuran Karbala di mana cucu Nabi Muhammad, Husain bin Ali terbunuh
-mengepung Konstantinopel
-memperkuat struktur administrasi khalifah dan memperbaiki pertahanan militer Suriah

7.Muawiyah II
-Muawiyah bin Yazid 661 - 684, 683 - 684 Khalifah Bani Umayyah selama hampir 6 bulan.

8.Marwan I
-Marwan bin al-Hakam (623 - 685)
-perang saudara di antara keluarga Umayyah seperti perang terhadap Ibnu Zubair yang melanjutkan pemerintahan atas Hejaz, Irak, Mesir dan bagian Suriah
-menaklukkan kembali Mesir dan Suriah dari Abdullah

9.Abdul-Malik bin Marwan (692-705)
-membebaskan banyak kota seperti kota-kota Romawi (696-705 M), Afrika Utara (698-703 M), dan Turkistan (705 M).
-lahir Imam Syi'ah keenam yaitu Ja'far ash-Shadiq.

10.Al-Walid I (668 - 715)
-Al-Walid bin Abdul-Malik 705 - 715
-memberikan kebebasan pada Al-Hajjaj bin Yusuf, penaklukan sukses Transoxiana (706), Sindh (712), sebagian Prancis (711), Punjab (712), Khawarizm (712), Samarkand (712), Kabul (kini di Afganistan, pada 713), Tus (715), Spanyol (711).
-memperbaharui kembali Masjid Nabawi di Madinah tahun 706 mengubah Basilika Kristen St. Yohanes Pembaptis menjadi mesjid besar, kini dikenal sebagai Masjid Agung Damaskus
-mengembangkan militer, membangun angkatan laut yang kuat.

11.Sulaiman bin Abdul-Malik (± 674 - 717)
-memerintah dari 715 sampai 717, adik khalifah sebelumnya
al-Walid I.
-menlanjutkan ekpedisi ke bahagian pegunungan di Iran seperti Tabiristan memerintahkan serangan ke Konstantinopel, namun gagal.
-pemerintahan Sulaiman bin Abdul-Malik, dunia dinaungi pemerintahan Islam. Kekuasaan Bani Umayyah sangat kukuh dan stabil.

12.Umar II (682- 720)
-Umar bin Abdul-Aziz, berkuasa dari tahun 717 sampai 720, sepupu dari khalifah sebelumnya, Sulaiman bin Abdul-Malik.
-Ayahnya adalah Abdul-Aziz bin Marwan, adik dari Khalifah Abdul-Malik.
-Umar adalah cicit dari Khulafaur Rasyidin kedua Umar bin Khattab,
Umar dibesarkan di Madinah, dibawah bimbingan Ibnu Umar, salah seorang periwayat hadis terbanyak.
-menikah dengan anak perempuannya Fatimah
-memerintah seluruh daerah Islam yang luas

Laman Pilihan

Video Pilihan

Quran Search

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Hadis Search

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com