Wednesday, March 25, 2009

->Kg Permatang Damar Laut

Ditulis oleh Adam Yew Abdullah

Ana ingat pada ketika dulu mula-mula ana memeluk agama Islam, masa itu masih belajar merangkak-rangkak dengan rukun Islam dan rukun Iman. Lazimnya, bagi saudara baru macam ana ini, mula-mula belajar rukun Islam dan rukun Iman dulu. Kemudian bila dah boleh baru belajar bab-bab tentang taharah(pengucian). Mula-mula agak kekok sedikit belajar semua ini tapi dengan berbekalkan semangat inkuiri diri, Alhamdulillah sampai ke hari ini apa yang dipelajari masih segar di dalam fikiran ini. Yang penting kita kena ikhlas kerana nak belajar.



Setiap minggu ana akan menghadiri kelas fardu ain ini di PERKIM Pulau Pinang. Apabila hendak berkunjung ke PERKIM ana akan terlebih dahulu menelefon ustaz Bakri untuk temujanji. Takut-takut bila ke sana dia tidak ada. Begitulah setiap minggu berlalu dengan ilmu-ilmu yang ana dapat pelajari dari PERKIM. Dengan jadualnya yang ketat, masa itu ana berada di maintanance bekerja shift lagi. Belum masuk office hour lagi. Walaupun bekerja shift masih mempunyai masa untuk belajar di PERKIM. Agak jauh dari tempat duduk ana. Dulu cawangan PERKIM di Pulau Pinang ada di Jalan Burma tapi sekarang telah berpindah ke Kepala Batas. Berbekalkan semangat dan naiwaitu yang baik, ana bergerak dari rumah ana di Kg Permatang Damar Laut ke Jalan Burma untuk belajar seteguk ilmu dari ustaz di sana.

Setelah beberapa bulan belajar di PERKIM, ana berpindah ke Kg Permatang Damar Laut untuk meneruskan kehidupan. Kerana dulu ana tinggal bersama kakak dan kawan-kawan. Kurang eloklah bila kita duduk bersama dengan kawan-kawan bercampur dengan kaum hawa. Yalah, bila dah beragama Islam kenalah jaga. Apabila sampai di kampung, ana sewa sebuah rumah dengan harga sebulan RM270. Rumah kampung. Ana duduk seorang diri. Tuan rumah pun agak baik orangnya. Namanya Pakcik Isa tapi ana panggil dia Pak Lang sebab ada pertalian persaudaraan dengan keluarga angkat ana. Pak Lang seorang ‘baber’. Tukang guting rambut.

Bermula di situlah ana mula belajar dengan ustaz Mahyuddin dari Sabah duduk dengan keluarga mertuanya. Ana belajar iqra mula-mula. Bukan iqra yang sekolah KAFA guna pakai yang ada iqra 1 hingga iqra 6. Iqra yang ana belajar dalam satu buku. Buku itu ana beli dari pasar malam situ. Kulitnya plastik dan kalis air. Ia bagus diguna dan lebih faham berbanding dengan iqra yang pelajar KAFA guna. Dalam masa setahun saja belajar dengan ustaz dah boleh baca Al-quran. Tapi tidaklah selancar macam orang lain. Tapi ana rajin membuat ulangkaji dan menghadiri kuliah ilmu tajwid di masjid situ. Masih ingat lagi, setiap hari khamis ustaz Hisham mengajar para ahli jemaah di sana. Ana duduk di samping ustaz Mahyuddin untuk memudahkan ana untuk bertanya soalan jikalau tidak faham sesuatu perkataan.

Hampir dua tahun, ana tinggal di kampung situ. Ada orang yang ana tidak kenal pun mereka datang bertegur dengan ana. Orang kampung memang peramah dan suka tolong menolong. Mereka bukan macam orang bandar. Kalau orang kampung mereka buat kerja ikhlas kerana nak menolong dan ikatan kuat dengan Allah. Kebanyakkan yang ana kenal semuanya kaki masjid. Setiap kali waktu azan mereka semua akan berjemaah di masjid. Walaupun usia mereka tua tapi semangat itu masih muda. Sebelum azan, kami selalu berborak-borak di meja panjang makan. Ada-ada saja cerita orang kampung ini. Pada waktu maghrib dan isyak bilangannya ahli jemaah akan bertambah. Seperti biasa saf ana berada saf yang kedua di belakang ustaz. Kadang-kadang ustaz menjadi imam. Hubungan ana dengan ustaz menjadi rapat. Setiap kali mari ke masjid ada orang akan bertanya, mana ustaz. Macamlah ana body guardnya. Tapi itu lah kemanisan orang kampung kalau tak berjumpa seminggu adalah mereka bertanya khabar atau mengirim salam. Atau kadang-kadang mari ke rumah untuk tanya khabar.

Di situlah, ana memulakan kehidupan baru sebagai seorang saudara baru. Segala kesusahan dan keseronokkan pernah dilalui suatu ketika dulu ana menjadi penduduk kampung matang damar laut.

1 comment:

Shila Razlan said...

Alhamdulillah. Thank you for sharing. I am always amazed to hear stories of how people received hidayah from Allah swt in many forms. I am still waiting for my turn. One day, insyaAllah.

Laman Pilihan

Video Pilihan

Quran Search

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Hadis Search

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com