Oleh Adam Yew Abdullah
Terlintas dalam pemikiran saya untuk memberi teguran dan peringatan kepada saudara-saudara kita yang mungkin tidak sedar ketelanjoran menggunakan tangan kiri ketika makan. Kebetulan ada seorang pelajar menanyakan soalan mengenai adab makan dalam Islam dalam kelas. Apatah lagi, saya pun terus mencuri masa itu memberi sedikit tazkirah kepada pelajar. Nampaknya, pelajar semua berminat mendengar tazkirah mengenai adab memakan dalam Islam. Apabila saya cerita, ada beberapa pelajar yang tahu perkara ini. Kerana ibubapa mengajar mereka jangan menggunkan tangan kira ketika makan. Tatkala, ada benarnya, teguran itu. Kerana kalau secara zahirnya, kita nampak agak kurang sopan kalau makan dan minum dengan tangan kiri.
Kita mungkin tertanya, apakah sebabnya menggunakan tangan kiri untuk makan atau minum? Saya pernah bertanya kepada seorang hamba Allah, jawabnya saya sudah biasa dengan keadaan ini. Saya bertanya lagi, bukankah kita perlu mengikuti sunnah? Jawabnya, ya...tapi memakan dengan cara ini tidak salah dan bergantung kepada niat kita. Begitulah jawapan yang sering kedengaran dari mulut umat Islam pada hari ini. Masing-masing untuk mencari jawapan mudah sebagai alasan tidak mengambil kisah. Biarkanlah mereka. Mungkin belum sampai lagi mereka insaf.
Dalam Hadis Rasulullah SAW dengan terang menjelaskan, seperti di bawah,
dari Umar radhiyallahu ‘anhu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jika salah seorang di antara kalian hendak makan maka hendaknya makan dengan menggunakan tangan kanan, dan apabila hendak minum maka hendaknya minum juga dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Imam Ibnul Jauzi ketika menafsirkan hadis ini, mengatakan, “karena tangan kiri digunakan untuk melakukan pekerjaan melibatkan hal-hal najis dan tangan kanan untuk makan maka tidak sepantasnya salah satu tangan tersebut digunakan untuk melakukan pekerjaan tangan yang lain.” (Kasyful Musykil, hal 2/594)
Dari Salamah bin Akwa radhiyallahu ‘anhu beliau menceritakan bahawa ada seorang yang makan dengan menggunakan tangan kiri di dekat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Melihat hal tersebut Nabi bersabda,
“Makanlah dengan tangan kananmu.” “Aku tidak bisa makan dengan tangan kanan,” sahut orang tersebut. Nabi lantas bersabda,
“Engkau memang tidak biasa menggunakan tangan kananmu.” Tidak ada yang menghalangi orang tersebut untuk menuruti perintah Nabi kecuali kesombongan. Oleh karena itu orang tersebut tidak lagi mengangkat tangan kanannya ke mulutnya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Begitulah kiranya hadis-hadis menerangkan kepada kita supaya makan dengan tangan kanan dan perbuatan memakan dengan tangan kiri adalah merupai perbuatan syaitan memakan dan meminum dengan tangan kiri.Marilah kita sama-sama meninggalkan perbuatan yang kurang elok ini dan mengamalkan amalan sunnah yang baik untuk kesejahteraan hidup kita. Kewajipan mengikut sunnah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat yang terpuji. Seperti yang difirmankan oleh Allah SWT,
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)…
(Ali Imran 110)
Kepada orang yang berkata "bergantung kepada niat kita" itu, renung-renungkanlah apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Apakah Rasulullah berkata sedemikian "bergantunglah kepada niat kamu" kepada seorang lelaki itu yang menggunakan tangan kiri untuk makan? Apakah Rasulullah tidak menghalangnya?
Sunnah siapa lagi kita nak ikut kalau bukan sunnah Rasulullah SAW?...
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment